Wednesday, February 04, 2015

DIY: Bekas isi stokin dan sapu tangan anak-anak

~Assalamualaikum~

Dalam tahun 2015 ni... antara AZAM tahun baharuku adalah nak pastikan Rumahku Syurgaku kemas dan terurus, baik dari segi pengurusan masa, kewangan, emosi dan sebagainya
(wah... ayat... tak tahan...)

Idea asal dari pembacaan saya ke blog-blog berkaitan susun atur dan DIY.

Terurus dari segi EKONOMI...
saya D.I.Y kan beg kertas yang saya dapat dari majlis perkahwinan anak jiran...


kepada ini
 
Caranya:
Lipatkan sajer bahagian atas beg kertas tu ke dalam, ikut ketinggian yang disukai...

DAH!...

SIAP!

Maka nyer tersusun lah stokin dan sapu tangan untuk anak-anak saya.
Memudahkan saya mengemas dan menyusun semula, memudahkan anak-anak mengambilnya dan yang paling penting J.I.M.A.T !

*waktu ketika ini saya ada 3 beg kertas sahaja, cukup untuk stokin sekolah, stokin jalan dan sapu tangan. Nanti ada lagi, kita buat lagi...
* Boleh juga guna beg woven, dengan menggunakan kaedah yang sama.... :)

~Wassalam~


Friday, August 01, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014

~Assalamualaikum~

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

DARIPADA

KAMI SEKELUARGA

MAAF ZAHIR BATIN
Tahun ni turn di kampung Mr Hubby... alhamdulillah, sambutan tetap meriah.
Dah selesai solat sunat hari raya, kami berkumpul untuk bersalam-salaman memohon keampunan... kut ada terlajak kata dan perbuatan... huk huk.. kemudian sesi foto keluarga... dan bersarapan bersama-sama.

Kebiasaannya kami akan pulang ke kampung bapa mertua untuk menziarah kaum keluarga di sana pula...



Foto Famili

Bersama ibu dan bapa mertua ku...
Mr Hubby bersama adik beradik nya...

 sepupu

 yang bujang

 Famili Along
I
I
I
I
\/
 Hari raya ketiga, barulah bergerak balik ke rumah~tukar isi beg~balik kampung MamaSyila pula...
 


 



 

 
Dengan Acu lepas pow Duit Raya...

sekian
~Wassalam~

Saturday, April 12, 2014

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Januari - Mac 2014 ahli Kelab Bunga Raya... :)

~Assalamualaikum~

Tahun 2014... sambut birthday ngan kawan-kawan di pejabat... sambutan hari jadi setiap 3 bulan...
Januari - Mac ~sambut masa bulan Mac
April - Jun ~sambut masa bulan Jun
Julai - September ~sambut masa bulan September
&
Oktober - Disember ~sambut masa bulan Disember @ Januari thn hadapannyer

 Tiap-tiap tahun dapat hadiah... tahun ni Tupperware (lagi....)

Bos paling sporting dan berinovasi... tn hj Zamani..
kek no. 1
kek no. 2

Acara potong kek
amek gambar dulu...


Selain kek, ada juga menu lain mcm Nasi Ambeng ke, nasi lemak ke.... kalau ada yang nak bersedekah masa ni pun boleh... rezeki... rezeki... :)
Oklah... itu jer nak kongsi...

~Wassalam~

Friday, November 15, 2013

Tahniah Aisyah Zulaikha binti Norkhairul Nizam!!!

~Assalamualaikum~
Lama sungguh MamaSyila tak jenguk blog nie...
Sibuk dengan macam-macam hal... di pejabat... di rumah...

Pertama:
Alhamdulillah, kali nie MamaSyila nak kongsikan sedikit kegembiraan buat keluarga kami, puteri sulung penyeri hidup MamaSyila dan PapaKrul berjaya dalam pelajarannya... sekolah pagi petang naik pentas... hehehe...

Majlis Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada 13 November 2013 (Rabu), di kedua-dua buah sekolah, pagi petang...


Malangnya MamaSyila tak dapat pergi tengok kedua-dua majlis masa Aisyah naik pentas, sebab di pejabat ada raptai penyampaian Anugerah Peminjam Aktif Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2012, Sijil QE5S dan Juara KIK Negeri Selangor (Teknikal) juga persiapan booth pameran KIK, sempena Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013... haaaaa tuuuu dia punya sibuknya MamaSyila pada 13 November tuuuhhh. 14 November majlis sebenar.... 2 kali naik pentas, haahh sangat kelakar....


Dengan rasa sedih dihati... PapaKrul terpaksa menguruskan puteri-puteri... "Ambil gambar banyak-banyak tau bang" pesan MamaSyila... hahahaha... tengoklah aksi Aimi bila bergambar... posing tapi pandang tempat lain...hish...






Tahniah Aisyah Zulaikha!!! Nanti belajar rajin-rajin lagi ye... jauh lagi perjalananmu nak...


~Wassalam~

Thursday, September 12, 2013

Friday, August 30, 2013

Suasana Hari Raya Aidilfitri 1434H.



~Assalamualaikum~













Sekitar Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1434H di kampong MamaSyila... Slim River...

Luv this pics ...