Monday, April 23, 2012

Kursus @ MAMPU, Cyberjaya

~Assalamualaikum~










Sepanjang lima hari dari 16-20 April 2012 yang lalu, MamaSyila dan bos2 di ofis telah berkampung di MAMPU, Cyberjaya. Kami menghadiri lab Model Fast Track PKP untuk Pejabat SUK Negeri-negeri seluruh Malaysia. Macam besar jer bunyinyer kan, memang besar pun. Bila sampai dalam mini auditorium tu, nampak top gun-top gun dari SUK negeri lain... seriau rasernye...  kita ni ikan bilis jer...hehehe

Lab hari pertama diisi dengan taklimat ringkas keselamatan (alah...yang macam pramugari buat dalam kapal terbang tu, dia tunjuk mana nak lari bila berlaku kecemasan) Sebenarnya taklimat ni bagus untuk orang luar dari jabatan MAMPU yg datang berurusan, manalah tahukan nanti apa2 berlaku, kita tahu arah keluar dari bangunan. Kena buat ni kat SUK... Semua nak buat kan ??!@!??. Kemudian taklimat ringkas, apa itu PKP? Bla, bla, bla... minum pagi, sambung lagi bla, bla, bla... makan tengahari bla, bla, bla... sampai minum petang.. begitulah rutin kami 5 hari... tapi yang penting kerja siap... Meja kamilah yang paling banyak gadjet...paling bising, AKTIF sangat la konon, bukan apa, tanya bila tak faham. Kalau salah camner? kan...haaa. Lagi satu, paling banyak jajan..hehehe.

Akhirnya Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Pejabat SUK Selangor versi 1.0 berjaya disiapkan... balik ofis kena bentang pada pengurusan atasan dan kerja-kerja seterusnya...bla, bla, bla...

~Wassalam~

Luv this pics ...