Monday, July 22, 2013

Ramadhan 1434H




~ Assalamualaikum~

Alhamdulillah, hari ini dah hari ke 13 umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Dah hampir ke pertengahan bulan... Tapi yang pastinya kejayaan kepada puteri sulongku, Aisyah Zulaikha... kali pertama berpuasa sepenuhnya (hingga waktu berbuka) dah 12 hari... hehehehe hari pertama sekerat hari jer.. tp Alhamdulillah.

Pengalaman hari pertama Aisyah berpuasa penuh takkan dapat kami lupakan... in sha Allah... Memang nampak okay je di rumah pengasuh... tapi tatkala MamaSyila sibuk menyiapkan hidangan berbuka puasa, dia sibuk berulang alik ke peti sejuk, melihat apa yang ada @ nak dapat feel sejuk... 
pertanyaan yang sama berulang kali
"Dah boleh berbuka ke?" ...
"Lama lagi ker?" ...
"Dah azan ker?

Aduyai, kesian tgk dia melepek...  baring di kerusi sofa, jln pun cam tak larat... tp kalau nak ajar dia kena lah tahan... tup tup lagi 5 minit nak berbuka tanya lagi "dah boleh berbuka ke?"  MamaSyila kata "Kejaaaaaaaaaaap jeee lagi... lagi 5 minit..." tiba-tiba tu dia menangis... datang hubby pujuk... bawa dia dan adiknya Aimi keluar jalan-jalan sekitar taman... Aisyah akan terasa dahaga dan lapar bila tak buat apa2.. Jadinya sejak hari itu... sambil MamaSyila memasak... papa dan anak2 pegi round taman... jenguk2 gerai org di taman berniaga lauk pauk/ kuih muih/ minuman...

Alhamdulillah...

Cuti hujung minggu yang lepas (20-21 Julai 2013) kami sibuk nak kemas rumah... dimulakan dengan bilik tengah... bilik yang sepatutnya untuk puteri2 kami... dah jadi macam stor... Argghhh geram... berkemaslah kami suami isteri mengeluarkan barangan yang ada... (kat luar plak yang semak... argggh) Kebetulan lampu bilik tu dah terbakar... dekat 3 minggu jugak lah... Hubby siap je ganti lampu... apa lagi vaccum, mop, sapu, cuci kipas... semuanya... Dinding bilik tu memang asalnya hubby dah siap2 cat warna pink... Ubah skit kedudukan almari dan katil... kemas skit dan jadilah bilik untuk Aisyah dan Aimi... taarraaa... Aisyah seronok sangat dapat bilik yang khas... tp kena kongsi dengan adik ye... Aimi kecik lagi... lagi pun katil tu katil bujang... kena belikan double dekker nnt.. Aisyah ngan Aimi rasmi dengan tido petang kat dalam bilik... Papa siap tumpang sekaki tido kat lantai.. Petang tu hubby siap belikan lampu tido untuk Aisyah...

Alhamdulillah, malam tadi Aisyah berjaya tidor di biliknya sendirian...



Luv this pics ...