Friday, July 08, 2011

PPAS...the new building..

~Assalamualaikum~
Hari ni mama sajer nak citer pasal bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor @ PPAS. Hari tu berpeluang pergi melawat, walaupun belum dibuka secara rasmi kepada orang awam, I kan orang PPAS...hihihi.
Actualy pics yg ader kt cni mama amik dr facebook anak bos mama di sana...


~PINTU MASUK UTAMA, KAUNTER PERTANYAAN/ GUARD~~PEMANDANGAN TASIK DR DLM BGNN~~ENTRENCE BAHAGIAN KANAK2~ ~KAUNTER KANAK2~ ~FURNITURE BHG KANAK2..menarik kan~~POKOK DLM BGNN...santai gitu~~boleh main game kat sini..~ ~nie dewan serbaguna kut...boleh jadi tpt pameran, tpt menunggu, tpt lawatan, boleh buat tpt perhimpunan, mcm2 lah..~rasernye bilik 6D theatered~~bilik 3D~~naik ke atas...eskelator ader sensor...jimat letrik..hehehe~


~pemandangan dari aras 4 kut nih...~ ~book wall~


Mama amat bangga dan teruja kat bgnn baru ni. TAHNIAH kepada Pn. Mastura Mohamad & team PPAS. Harap saper2 yg baca N3 ni boleh datang beramai-ramai ke sini dan menggunakan kemudahan yg disediakan. Lupa plak nak bgtau, ader gym tau...mengantuk baca buku boleh xcercise jap...hihihi. Kemudahan lengkap-Surau, Cafe, dll.


BEST LAH!!!!

Saturday, July 02, 2011

Aimi kena sedut gas... :(

~Assalamualaikum~
Kali ni MamaSyila nak citer skit pasal Aimi ni...batuk dan selesema teruk juga...bawa gi klinik doc suruh sedut gas utk keluarkan @ cairkan kahak dalam paru2. Nasib baik dia duduk diam jer masa papa pegang dier. Kakak nyer pulak yang panjat sana panjat sini...hish...
Tapi Alhamdulillah, doc kata kena makan ubat ikut time, nnt ok..."Dgr tu Aimi!!" Susah betul nak bagi Aimi makan UBAT...
~Wassalam~

Salam Perpisahan...moga kita berjumpa lagi....




~Assalamualaikum~
Hari ni Kelab Bunga Raya, Unit Pentadbiran (BKP) buat majlis sambutan Harijadi utk staf yg lahir bulan April-Jun & Majlis Perpisahan utk CC Khalil (ke Pej Veterinar) dan utk Farah (berhenti kerana ikut hubby die) Bergambar ngan Yati... teman yang paling rapat ngan dier di Unit Pentadbiran.
Ini gambar mase kami melawat bangunan baru PPAS... kat bah kanak2... my beloved staff...
About NOOR FARAHWAHEEDA BT ABD. RAHMAN. Farah merupakan kktgn pp yg paling lama btugas slps pertukaran mama ngan Shida ke pp. So, mama banyak rujuk kat dier ttg perjalann lib, dan bab2 cataloguing guna sistem lib. Farah tamat kontrak awal sbb dia dan Ulfa (anak dia sebaya Aimi) akan ikut hubby dia 'fly' ke UK sbb hubby dia kerja kat sana.. Berat hati juga dia nak berhenti tp dah hampir 2 tahun dia ddk saperately so, it's about time...


Farah ni orgnyer simple jer, tak banyak mulut, tp kalau lama kenal dier she's very friendly... kiranyer kawan mama nak gi mana2 lah...tumpang keta dia htr ke PPAS, pegi IKEA ke... shopping tupperware ngan bantal kat lobi depan kedai PUSPANITA...hehehe. Kitaorang, termasuk Shida, selalu tukar2 cerita pasal famili, pengalaman menguruskan keluarga dan macam kenal dah keluarga masing2. Ye lah kan, dlm LIB ni pun ade 3 kerat jer staf nyer...hhhmmm... I'll miss that moment.


To Farah, kalau Farah baca this N3 ni, saya doakan moga Farah selamat tiba di tempat baru. Jaga diri dan keluarga. Slllah contact kitaorg tru FB or Emel... We'll miss U here...Take Care...


Sekarang ni kami kembali bertiga... mama harap dapat bekerjasama dgn baik dgn diaorg ni...


~Wassalam~

Friday, July 01, 2011

Minggu Akhir bulan Jun 2011

~Assalamualaikum~

Dari 24 Jun hingga 3 Julai 2011, bertempat di SACC Convect Shah Alam... berlangsungnyer PESTA BUKU SELANGOR 2011. Dan seperti biasa, warga PPAS akan sibuk menguruskan aper yang patut mengikut tugasan yang telah diagihkan. MamaSyila pun menempek kat situ sbb hubby yang menguruskannyer bersama anak2 buah.
Sabtu (26 Jun 2011) Kami meluangkan masa anak beranak (hehehe) ke sana..MamaSyila nak bawa Aisyah sertai pertandingan mewarna dan berjumpa ngan maskot UPIN & IPIN.. Dapat lah juga belikan Aisyah 5-6 buah buku cerita.... untuk koleksi di rumah... Kalau nak baca lebih lagi, kita pinjam kat lib papa yer... hehehe... MamaSyila pun dapat beli RAPI Jun dan Julai... okay la tu... Of course lah Aisyah tak menang dalam pertandingan mewarna tu tapi MamaSyila raser ia sebagai pendedahan yang baik untuk dia. Lukisan yang dia warnakan tu cantik (siapa nak puji kalau bukan mama sendiri..hihihi), tp ader yg lagi cantik (agaknyer siap hantar tuisyen melukis kut yg jd pemenang ari tuh) Dia pandai warnakan ikut persekitaran, maksud nyer warna kulit- peach, mulut-merah, rambut-hitam & pink (ini gara2 menonton powerpuff girl) kira ok lah utk kanak2 yg sebaya dia tu..Alhamdulillah. Kalau tertanya2 di mana Aimi, mama sedang dukung dia sbb Aimi tido....hehehe.


Bila tiba segmen Bermesra dengan Upin & Ipin, apabila Aisyah & Aimi nampak jer maskot tu keluar ke pentas, bagaikan tak senang duduk mama di buat nyer... ooopppsss. Lupa nak bagi tau, Ana pun ader ikut kami sepanjang lawatan tu...hehehe. Untie tukang pegang Aimi, mama dukung Aisyah...nampak jer badan cikeding, tp berat tulang!!! Siap ader menari 'chiken dance... mama pun xcited buat sbb dulu kat PPAS, mama lah orang yang duduk kat depan hahaha... kenangan...Bac to the story... nampak GUMBIRA sungguh anak2 mama petang tu... dapat amek gambar dengan Ipin lagi, kira berbaloilah, hahaha.
Bila dah petang tu, nampak muka Aisyah & Aimi dah kepenatan, dalam kereta on the way balik rumah dah tido...sampai pagi esok baru dua2 bangun...penangan PESTA BUKU SELANGOR 2011..
Lupa plak nak cerita... pendek jer citer ni... anak2 mama dilahirkan dalam hari2 berlangsungnya Pesta Buku Selangor ni... Aisyah kalau tak silap... hari akhir Pesta buku Selangor 2006...30 Julai 2006, dan Aimi kalau tak silap lagi seminggu nak mula Pesta Buku Selangor 2009... 20 Jun 2009... memang maser2 yg sgt sibuk utk hubby... tp alhamdulillah, kami dapat harunginyer... hehehe.
Sambungan 'Malang tak berbau'...Sajer jer nak citer pasal xcdent kereta ari tu yg bukan mama alami, tp hubby... setelah >< 2 minggu, kereta 'spot' mama kembali 'bergaya'.. Sebab apa, hubby kasi 'nafas baru' pada bonet kereta tu..Tau aper?.. Dia ganti ngan bonet yang ada lubang hidung tuh...hahaha..."Alang2 nak tukar kan" itu la kata2 dr mulut hubby. Mama tak kate aper2 lah.. mula2 tu memang 'kurang berkenan' tp bila tengok 2-3 kali, cam cantik plak. Lagi satu, I tak kisah sangat benda camtuh.. asal kereta boleh jalan, I OK jer... semalam balik ngan hubby, tengok dah siap cat..yg pelik tu pagi tu masih warna hitam...petang dah siap cat...(suamiku memang tak boleh tengok dan tunggu kalau kereta2 kami 'rosak @ @#$%^&, mesti dihantar cepat2 ke bengkel) Pandai2 abang lah...

Luv this pics ...