Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Wednesday, February 04, 2015

DIY: Bekas isi stokin dan sapu tangan anak-anak

~Assalamualaikum~

Dalam tahun 2015 ni... antara AZAM tahun baharuku adalah nak pastikan Rumahku Syurgaku kemas dan terurus, baik dari segi pengurusan masa, kewangan, emosi dan sebagainya
(wah... ayat... tak tahan...)

Idea asal dari pembacaan saya ke blog-blog berkaitan susun atur dan DIY.

Terurus dari segi EKONOMI...
saya D.I.Y kan beg kertas yang saya dapat dari majlis perkahwinan anak jiran...


kepada ini
 
Caranya:
Lipatkan sajer bahagian atas beg kertas tu ke dalam, ikut ketinggian yang disukai...

DAH!...

SIAP!

Maka nyer tersusun lah stokin dan sapu tangan untuk anak-anak saya.
Memudahkan saya mengemas dan menyusun semula, memudahkan anak-anak mengambilnya dan yang paling penting J.I.M.A.T !

*waktu ketika ini saya ada 3 beg kertas sahaja, cukup untuk stokin sekolah, stokin jalan dan sapu tangan. Nanti ada lagi, kita buat lagi...
* Boleh juga guna beg woven, dengan menggunakan kaedah yang sama.... :)

~Wassalam~


Friday, August 01, 2014

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435H/2014

~Assalamualaikum~

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

DARIPADA

KAMI SEKELUARGA

MAAF ZAHIR BATIN
Tahun ni turn di kampung Mr Hubby... alhamdulillah, sambutan tetap meriah.
Dah selesai solat sunat hari raya, kami berkumpul untuk bersalam-salaman memohon keampunan... kut ada terlajak kata dan perbuatan... huk huk.. kemudian sesi foto keluarga... dan bersarapan bersama-sama.

Kebiasaannya kami akan pulang ke kampung bapa mertua untuk menziarah kaum keluarga di sana pula...



Foto Famili

Bersama ibu dan bapa mertua ku...
Mr Hubby bersama adik beradik nya...

 sepupu

 yang bujang

 Famili Along
I
I
I
I
\/
 Hari raya ketiga, barulah bergerak balik ke rumah~tukar isi beg~balik kampung MamaSyila pula...
 


 



 

 
Dengan Acu lepas pow Duit Raya...

sekian
~Wassalam~

Thursday, January 03, 2013

Kali Pertama... Permulaan Baru... Hari Persekolahan...

~ Assalamualaikum~

 Hari Rabu, 2hb. Januari 2013... 
bermulalah...

HARI PERTAMA...  

TAHUN PERTAMA... &

PENGALAMAN PERTAMA...

bagi sesi persekolahan 'wajib' untuk anak sulungku...

Aisyah Zulaikha binti Norkhairul Nizam

Persiapan dari segi pakaian, beg sekolah, peralatan sekolah dan alat tulis... Alhamdulillah telah disiapkan awal... Kalau beli lambat2 takut saiz pakaian & kasut dah takde... Mencari barang2 ni tak lah susah, sbb dekat area kami ni banyak kedai pakaian yg jual baju sekolah.. (bila tiba musim, nampaklah semua benda yang berkaitan persekolahan ni klua tergantung...)
Cuma nak cari yang berKUALITITAHAN LAMAAAAA, dan MURAH... :D ... ada tak? Hehehe... kena pandai2 cari... pandai menilai, dan pandai nego... hehehe bab nego harga ni MamaSyila serahkan pada Mr. Hubby.... kalau MamaSyila, tgk barang, tgk tempat...

MamaSyila dan hubby dah mohon cuti sepanjang minggu tu ( ala... 3 hari jer....) untuk memerhatikan keadaan Aisyah di sekolah...

Hari Isnin, 31hb. Januari 2012... hari terakhir bg tahun 2012... MamaSyila dan Hubby join dgr taklimat utk ibu bapa bg murid tahun 1. Dengar taklimat cikgu pasal sejarah, pencapaian sekolah, kenal cikgu2 tahun 1, dengar pasal HEP, bayar yuran PIBG dll. Sukatan pelajaran pun dah lain benar dari zaman MamaSyila Darjah 1 dulu2. Sekarang guna PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH @ PBS. Nnt MamaSyila buat n3 pasal ni di lain masa sbb masa MamaSyila buat n3 hari ni... portal ditutup utk kemaskini...

  
 Pagi tu MamaSyila bangun awal... nak sediakan sarapan untuk Aisyah... Tapi sarapan yang simple2 jer... :D
Sedang asyik membasuh pinggan, tiba2 MamaSyila rasa macam ada orang kat belakang... jengjengjeng, suspen jap...
Rupa2nya Aisyah dah bangun dari tido... kalau tak silap masa tu jam baru kul 5 pagi... 

Excited yer?...

Dah siap2, snap gambar dgn mama & papa.... dan kami pun terus menuju ke SR Aisyah...

 Gambar Aisyah di hari pertama...

Actually kat kelas Aisyah okay, kira dah boleh lepaskan, kami risau kat kantin nanti, time rehat... Dia belum pandai nak "berebut2" beli makanan... Jadi, everyday kena bekalkan dia roti ker, biskut ker, kuih-muih ker, tengoklah apa permintaan dia...   

 

Aisyah yang pertama sampai di kelas... :)
Boleh pilih nak duduk mana. MamaSyila suruh dia duduk di kump tengah... meja kedua... senang dapat ilmu... in shaa Allah...

Bunyi jer loceng... murid2 dah berkumpul untuk perhimpunan pagi... tengok Aisyah dah ok... kami pun gerak balik rumah... sbb Aimi masih tido... penat bergilir-gilir dukung dia. Nnt time rehat kitaorg jenguk lagi.

Nak dijadikan cerita, kami terlambat kluar dr rumah... sampai sekolah, murid2 thn 1 dah kluar rehat... alamak mana nak cari Aisyah... semua bertudung putih... sama jer. Last2 jumpa di tiang kantin, mata dah berair nak nangis. Parents yang lain dah sibuk bagi anak2 makan... Belikan roti, nasi lemak dan air kotak... seteguk sesuap jer sempat.. dah bunyi loceng habis rehat... Aisyah dah berkejar2 nak balik kelas.. jawapnyer papa lah tukang habiskan makanan. Tengahari tu ambik Aisyah balik sek... Kelam kabut siapkan utk SRA plak...

 

Gambar ni pula on the way nk ke SRA di sebelah petang... kelam kabut



Papa ngan Aisyah... tggu loceng sekolah berbunyi...


Aimi dan papa @ kantin SRA




Hari kedua @ school... Aisyah dan Farisha... kawan lama dr tadika...

Alhamdulillah... semua selesai...

~Wassalam~

Tuesday, June 21, 2011

Malang Tidak Berbau

~Assalamualaikum~
Actually peristiwa ni berlaku semalam (19 Jun 2011- Ahad). Hubby kena kerja lagi hari ni, so dia bawa kereta Kancilku sbb Wira masuk bengkel kelmarinnya...huhuhuhu. Dalam tgh mengemas dan memasak, Hubby call mama... katanyer suruh mama bertenang. Bila dgr perkataan "BERTENANG" this means something bad had happen!! and I'm right!!!! Kancilku Xcident !!! hhhuuuaaahhhh. Kemek bonet dan bumper ku...
Nak marah pun tak guna, sebab benda dah jadi. Yang paling penting hubby ngan our friend selamat dan tak cedera. Alhamdulillah...syukur sangat2. Kereta boleh di baiki @ ganti... nyawa???...bak kata penceramah kursus keselamatan kebakaran ari tu...hehehe.
Aduhai, tgh2 bulan ni pening jugalah....sib baik esok lusa dah gaji!! boleh la bernafas balik...
Apa2 pun, ini pengajaran dan 'wake up call' 4 me and hubby...

Thursday, May 19, 2011

Kenapa?

Kenapa yek..?
Tak faham..kenapa masih ader orang yang macam 'tuuut'? Tak bagi dan tak tunjukkan raser penghargaan langsung pada apa yang orang lain dah capai? Susah sangat ker nak ucapkan? Memanglah mama tak harapkan penghargaan ini, tp memang 'tuuut' seorang yang keras hati!! Nasib baik lah kawan2 yang lain tahu raser penghargaan.. especially my hubby...dier orang pertama yang tahu...hhhmmm. Ahhh, lantak lah dier... yang mama tau, peranan mama dihargai di'cni'. Masih ramai lagi orang yang penting dalam hidup mama, hubby, anak2, keluarga dan teman2..hehehe...Dan dah terbukti!!!

Luv this pics ...