Monday, January 24, 2011

Minggu Keempat JANUARI 2011

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas mama kena kerja (OT). Nak siapkan kerja pilih keratan akhbar. Dah lama sangat suratkhabar macam tu, tak gerak-gerak. Lagi pun mencacatkan pemandangan library pulak. Punya tekun mama buat. Dapat juga habiskan satu bulannyer. Kalau concentrate buat mesti boleh siapkan dalam bulan ni jugak. Lagi pun dah janji ngan bos. Terima kasih kepada pengasuh anak2 ku, kak Zue yang banyak tolong jagakan Aisyah n Aimi bila mama ader kursus @ kerja lebih masa.

This week (24 - 28 Jan) raser macam boleh tahan sibuk.

Isnin ader perhimpunan pagi, mama buat renungan pagi hari ni pasal tips2 buat ulasan buku. Lepas tu buat keratan akhbar cam biasa, cuma produktiviti tak berapa bagus sebab tiba2 pening, juga ader sidang DUNS.

Selasa kena review semula prosedur MS ISO perpustakaan, samada ada perubahan ke tidak, dan keratan akhbar,

Rabu sambung buat keratan akhbar,

Khamis dijangka ader mesyuarat pengurusan, tak tau aper citer lagi, petang nak bawa anak2 pegi klinik, checkup,

Jumaat nak hantar buku2 pinjaman dari 'pinjaman berkelompok' ke PNM.

Sabtu Ahad tak tau lagi.

Sibuk tak mama?

Tu belum lagi hal2 kat rumah, dari ruang tamu sampai dapur, ader jer kerje. Tapi itulah rutin harianku, bila tengok wajah anak2, semua penat hilang (walaupun kerje belum habis buat) Hehehe. Semua wanita akan sibuk bila bergelar isteri, ibu dan pekerja...
~sambungan~
**Hujung minggu ni (29-31 jan) mama kena attend bengkel SKT.**

Tuesday, January 18, 2011

My Lappy...

~Assalamualaikum~

N3 ni nak citer skit pasal teknologi maklumat yang berlegar dlm familiku..

Mama & hubby amik keputusan nak masukkan tepon rumah dan broadband...of course la dr TM, senang nak cari bahan utk kerja...

bila dah masuk line..berebut nak guna lap top hubby... oh ini tak bole jadi...

Balik Melaka, jln2 di Tesco Cheng (kalau tak silap la) nmpk PC n lappy ni...harga boleh tahan...so hubby pun berunding2 samapi thp gaban...dptla mama lappy spt di bwh ni.. dan Aisyah kongsi ngan Aimi satu desk top...utk main game. Jangan kacau papa nyer..

Friday, January 07, 2011

OMG---> Aisyah dah S.E.K.O.L.A.H

~Assalamualaikum~

Huhuhu.. Tahun 2011 merupakan satu titik perubahan dalam kehidupan puteri sulung ku, Aisyah Zulaikha. Genap 5 tahun (klu ikut thn la) Aisyah akan melangkahkan kakinya buat pertama kali ke sekolah: T.A.D.I.K.A .S.R.I. M.E.L.O.R : dan buat pertama kalinya juga mama dan papa akan bergelut pagi2 nak siapkan Aisyah...hihihihi.

Pics kat bawah ni masa pagi orientasi Aisyah... sesi taklimat dari C.I.K.G.U. H.A.B.I.B.A.H...pengetua sekolah; untuk parents. Sementara tu Aisyah dah dalam kelas sedang menyesuaikan diri dengan cikgu dan rakan2 baru. Masa htr dier, cam releks jer..takder nangis, mcm layan diri sendiri, main permainan yg cikgu dia buggy...maintain jer...mama dier yg tak senang duduk. Lagi dengar anak orang lain yang menangis, takut Aisyah pun terikut plak. Tp ternyata Aisyah mudah dan senang dengan keadaan baru tu. Aisyah bersedia untuk ke sekolah baru!!!



Aisyah mencuba baju sekolah baru... aimi mencuba tudung sekolah kakaknyer..tak mau mengalah...

Aimi pun pagi2 dah bangun nak hantar kakak ke sekolah... Siap nak pakai tudung cam kakak...



~Sori, gambar tak berapa cantek sebab dalam kereta yg sedang bergerak... Perasan tak langit kat luar tu, masih gelap. Sesi persekolahan Aisyah start kul 8 pagi, kami bawa dia gi breakfast dulu, then hantar ke sekolah. Alhamdulillah, Aisyah mudah sesuaikan diri dgn persekitaran baru. Syukur alhamdulillah. Percaya @ tidak, mama nyer yang nangis tengok puteri sulung pandai berdikari. Alhamdulillah...~

Disebabkan nak menemankan Aisyah gi sekolah, mama & papa pun ambik cuti. Ingatkan dia rase tak selesa, tp O.K.A.Y. je..(cam sia2 plak amik cuti) tp lantak lah, orang lain anak dah sekolah menengah pun ambik cuti gak...hehehe.


Monday, January 03, 2011

~2011~ Minggu Pertama JANUARI 2011

Selamat Tahun Baru!!!! and Happy Birthday to ME!!!!

2011...WELCOME...01-01-11

This year Tahun Baru jatuh pada hari Sabtu...so takder cuti tambahan la...Malam tahun baru...seperti malam2 yang lain..tp still terasa bahang sambutan bday...dgr bunyi mercun sana sini boomboomboom tepat jam 12 tgh mlm...

Esoknyer ader kenduri kawen kat taman perumahan...so..gi lah jap...ptg tu pengasuh anak datang singgah rumah, anak kedua dier nak jumpa anak2 (dah nak balik lendu sambung blaja)...hubby keluar beli ais..tgk2 balik dier bawak kek....(patut la lama kluar) Konon nak sorok...tp sbb mama dah tunggu kat pintu pagar..ternampak la juga...raser sgt hepi plak (*o*) ...so mama celebrate bday ngan kek aiskrim...macam biasa lah...anak2 tolong tiupkan lilin... 33 tahun already...Alhamdulillah...masih bernafas sehingga ke hari ini...Syukur alhamdulillah...



2hb Januari - pagi tu pegi sesi 'orientasi' Aisyah di Tadika Sri Melor... Alhamdulillah...dier okay jer...tak nangis...nasib baik...Aimi xcited juga kakak nyer ke sekolah...dier pun sama nak duduk dlm kelas...@evening...kami htr adik iparku ke Putrajaya...n kami melawat Monumen + ambik gambar sanasini...enjoy the pics..

3hb Januari - ke tempat kerja seperti biasa. Welcome to our new Dato' SUK.

5-6hb Januari - ambik cuti tahun...Aisyah's 1st day @ tadika... she's doing fine and in very good behavior. i'm proud of her...but still my little princess... menitis air mata juga mama sebab tak sangka Aisyah dah besar...dah sekolah...Cepat betul masa berlalu...

7hb Januari - until today...Cbuk dengan kerja2 ofis.... kelam kabut juga pagi2 nak uruskan Aisyah... thanks to hubby..byk tolong...and very understanding...

So, that's what had happen recently in my life..ooo...terlupa plak nak story...mama jugak dapat satu present from my dear friend...Mrs. Raihan Ahmad...TQ...lovely tote bag...

Luv this pics ...