Friday, November 30, 2012

Hari Terbuka Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2012

~Assalamualaikum~
N3 kali ni MamaSyila nak bercerita pasal program yang kami jalankan di ofis, iaitu Hari Terbuka Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2012. Program ini diadakan dari 1 - 30 November 2012... lama kan?..
Kelam-kabut jugak menganjurkan program ni, sebab diawalkan penganjuran, nak kejar sebelum big bos pindah department lain.. :(. hehehe.
Alhamdulillah, semua program/ aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar, terima kasih kepada staf saya yang ada 2 kerat jer tu...dan juga bantuan dari pegawai dan kakitangan dari unit lain.. :)
Lebih kurang 11 program/ aktiviti kitaorang handle dan berlangsung selama 2 minggu, lebih kurang lah. Sebab buat sampai 2 minggu, pengalaman kitaorang buat 2 hari tahun lepas, kami jadi kelam kabut...huh... tak tahan... mcm nak terbelah badan hahaha. So, thn ni kami buat 1 hari 1 program... haaa senang kan. Sebab yang nak buat kerja pun 3 orang jer... heheheh.
Aktiviti statik adalah Pameran Perpustakaan, Teka Jumlah Gula-gula dan Teka jumlah Penanda Buku. Manakala program yang ada jemputan; Literasi Maklumat, Aktiviti bersama PPAS: Origami, Program Cakap-cakap Buku, Taklimat Bagaimana menyediakan ulasan buku dan CETEPAT 2, ala-ala infohunt... :). oohh tak lupa juga Jualan Buku...2 kali tau... di samping tu kami adakan Kempen Keahlian Perpustakaan SUK dan PPAS, dan Kempen Rebat Denda Lewat Pemulangan Buku...
haaa kan banyak juga aktiviti kami buat... :) alhamdulillah semua ok...

~19hb. November 2012 (Isnin)~




Dalam program Literasi Maklumat, kami menerangkan serba sedikit latar belakang, visi, misi, objektif, perkhidmatan, koleksi, kemudahan, program dan aktiviti yang pernah dianjurkan..




Aktiviti bersama PPAS pula adalah sesi Origami dan kraftangan kad 'pop-up'.. best...menarik...Seronok kawan2 buat dinasour dan burung... :)


Gambar di atas semasa Program Cakap-cakap Buku... moderator: En Uthaya Sankar, panel pertama,  Durrah Fatiha dan panel kedua, Murni Aqila, kedua-duanya merupakan penulis novel Alaf 21. Mereka berbicara mengenai pengurusan masa dalam bidang penulisan novel... topik yang menarik kan? :)
~27hb. November 2012 (Selasa)~


Picture2 kat bawah ni plak gambar2 masa aktiviti CETEPAT 2...haah...aktiviti paling 'meriah' dan 'riuh' hehehe. Ada 5 stesen, 5 permainan dan 5 set soalan yang kena jawab... soalan berkisar kepada Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
~28hb. November 2012 (Rabu)~
Peserta dengar taklimat dulu...

Peserta bersiap sedia utk MULA...

Ada jigzaw puzzle...

Tgh cari apa tuuu? :)

Jawab...jgn x jawab...

Cari jawapan...

Main 'Snakes and Ladders'...

D.A.R.T....

Best kan... jangan pelik ye... diaorang memang suka posing... :P

Seterusnya adalah Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup HTP 2012, oleh SUB (KP), En. Johary bin Anuar, diiringi oleh PSU (T) 2, En. Fahrin bin Asmawi...
~29hb. November 2012 (Khamis)~


Antara tetamu yg hadir...tq ye semua...

Staf BKP yg hadir...memeriahkan majlis...

Staf perpustakaan bersama SUB (KP) & PSU (T) 2

Luv this pics ...