Sunday, December 23, 2012

Hot Spring @ FELDA Sg. Klah, Sungkai, Perak

~Assalamualaikum~
Menghabiskan baki cuti hujung tahun di sini... dekat dengan rumah...

 
Aisyah 'membuli' cik Nor dia



 

 ,
Mak saya...


 


Alhamdulillah dapat habiskan masa dengan keluarga tersayang...

sekian
~Wassalam~

Friday, December 14, 2012

Cuti-Cuti Malaysia 2012@PD

~Assalamualaikum~
12-14hb. Disember 2012, hubby ada bengkel di Avillion Admiral Cove, Port Dickson... jadi kami ambil peluang ni utk 'Cuti-cuti Malaysia'...


Gambar di atas / bawah ni MamaSyila ambil dari Google jer (tq :) ), x sempat nak snap, sama ada x sempat, dan katil dah kena lanyak...hehehe.

Pemandangan dalam bilik.
Kami dapat bilik studio kot yg nie... ok lah, luas dan sesuai... sebelum sampai pening jugak nak pikirkan hubby nak tido kat mana sbb kami bawa sis in law saya.. a.k.a adik hubby. Bila masuk bilik jer nampak ada katil single di tepi tingkap tu... haaa, kami empat beranak tido katil besar... SIL di katil single... sattle satu perkara.

Depan katil tu kami bentangkan tikar dan comfeter kecik utk Aisyah dan Aimi (termasuk MamaSyila) lepak2 tgk tv... Best nyer bilik ni sbb ada kipas dan air cond... kalau sejuk sangat boleh tutup air cond dan pasang kipas... :P


Ada sinki di coffee corner, memudahkan ku nak basuh botol susu, cawan dan pinggan mangkuk... :)
Meja panjang.
Ada kemudahan internet, kabel boleh dapat di receptionist counter dengan bayaran RM10.00, check-out jangan lupa hantar balik.

Dalam hotel, nice view..


gambar malam la konon...hehehe

Swimming pool area... tak jumpa plak yg kanak2 nyer. Tp xpe, nnt part 2 saya upload gambar Aisyah & Aimi swimming... :)

Masa dah dapat kunci bilik, kami ke bilik dan tinggallah MamaSyila dan anak2, hubby dgn SIL ke kereta ambil beg... Hubby cakap... Mama ni bawak kontena ker beg... haah... jgn memperlekehkan barangan dan pakaian yang ku bawa utk trip ini... seorang ibu akan membuat persediaan dalam apa juga keadaan.. hehehe. Terbukti apabila semua yang hubby tanya / minta, ada dlm beg itu... kecuali... iron! MamaSyila memang dah letak kat tepi beg, hubby x bagi bawa, katanya minta saja dr hotel... oklah, MamaSyila ye kan saje. Namun akhirnya, setelah 4-5 kali call housekeeping minta iron... hubby ke kelas pakai baju dan sluar yang tidak bergosok... :(, rasakan... kan senang kalau bawa je iron tue!...

ni toilet dia, luas dan cozy, pancuran mandi BESAR, sgt puas hahaha..

Overall suasana okay lah..tenang2 jer... bilik kami mengadap laut so sangat best. Actually MamaSyila pernah ke sini utk Bengkel SKT 2010... tp kali ni boleh enjoy lebih skt... hubby yg kena gi kelas...MamaSyila bersantai layan anak-anak, dibantu oleh sister in law...

~I LOVE U~

Okay, nntkan part 2 utk koleksi gambar... sekian.


~Wassalam~

Monday, December 03, 2012

Fare well our BIG BOS a.k.a. Abang Long... (~_~)






~Assalamualaikum~
N3 kali ni nak story pasal majlis Jasamu Dikenang... yang telah diadakan pada 30 November 2012, bersamaan hari Jumaat... meraikan pertukaran SUB (KP) kami... iaitu En Johary bin Anuar (tukar jabatan lain) dan En. Nazrin Izwan bin Mohd. Noh, KPSU (W) yang menyambung pelajaran di INTAN.

Tema kaler: BIRU

Pengisian: Ucapan... ucapan... tukar2 hadiah.. (tukar ke? mcm sblh je yg bagi... hihihi) potong kek... gambar gitar tu... oooo sayang wwoooo... slide presentation.... persembahan koir dan akhir sekali sesi bergambar...

Penerangan gambar:
Gambar 1: Bergambar bersama kek yang bakal dipotong.... sedap ooo kek tu... (",)
Gambar 2: Me wit PSU (T) 1...Pn. Shazilah... (masa ni dier masih dlm cuti bersalin...)
Gambar 3: Big bos yang diraikan... En. Johary... ( tgk background belakang tue... pantang lensaku ini difokuskan... pasti ada yg berposing...  :D
Gambar 4: Pegawai bersama TSUK (Pengurusan)
Gambar 5: Berdiri; Me, Pn Shazi & Azida. (Shida xde masa ni sbb cuti) Duduk; dah tentulah mereka yg diraikan... En Johary dan En. Nazrin...

Selamat Maju Jaya di tempat baru. Terima kasih atas semua ilmu dan peluang bekerja bersama tuan-tuan... All the BEST... :p

Friday, November 30, 2012

Hari Terbuka Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2012

~Assalamualaikum~
N3 kali ni MamaSyila nak bercerita pasal program yang kami jalankan di ofis, iaitu Hari Terbuka Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2012. Program ini diadakan dari 1 - 30 November 2012... lama kan?..
Kelam-kabut jugak menganjurkan program ni, sebab diawalkan penganjuran, nak kejar sebelum big bos pindah department lain.. :(. hehehe.
Alhamdulillah, semua program/ aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar, terima kasih kepada staf saya yang ada 2 kerat jer tu...dan juga bantuan dari pegawai dan kakitangan dari unit lain.. :)
Lebih kurang 11 program/ aktiviti kitaorang handle dan berlangsung selama 2 minggu, lebih kurang lah. Sebab buat sampai 2 minggu, pengalaman kitaorang buat 2 hari tahun lepas, kami jadi kelam kabut...huh... tak tahan... mcm nak terbelah badan hahaha. So, thn ni kami buat 1 hari 1 program... haaa senang kan. Sebab yang nak buat kerja pun 3 orang jer... heheheh.
Aktiviti statik adalah Pameran Perpustakaan, Teka Jumlah Gula-gula dan Teka jumlah Penanda Buku. Manakala program yang ada jemputan; Literasi Maklumat, Aktiviti bersama PPAS: Origami, Program Cakap-cakap Buku, Taklimat Bagaimana menyediakan ulasan buku dan CETEPAT 2, ala-ala infohunt... :). oohh tak lupa juga Jualan Buku...2 kali tau... di samping tu kami adakan Kempen Keahlian Perpustakaan SUK dan PPAS, dan Kempen Rebat Denda Lewat Pemulangan Buku...
haaa kan banyak juga aktiviti kami buat... :) alhamdulillah semua ok...

~19hb. November 2012 (Isnin)~




Dalam program Literasi Maklumat, kami menerangkan serba sedikit latar belakang, visi, misi, objektif, perkhidmatan, koleksi, kemudahan, program dan aktiviti yang pernah dianjurkan..




Aktiviti bersama PPAS pula adalah sesi Origami dan kraftangan kad 'pop-up'.. best...menarik...Seronok kawan2 buat dinasour dan burung... :)


Gambar di atas semasa Program Cakap-cakap Buku... moderator: En Uthaya Sankar, panel pertama,  Durrah Fatiha dan panel kedua, Murni Aqila, kedua-duanya merupakan penulis novel Alaf 21. Mereka berbicara mengenai pengurusan masa dalam bidang penulisan novel... topik yang menarik kan? :)
~27hb. November 2012 (Selasa)~


Picture2 kat bawah ni plak gambar2 masa aktiviti CETEPAT 2...haah...aktiviti paling 'meriah' dan 'riuh' hehehe. Ada 5 stesen, 5 permainan dan 5 set soalan yang kena jawab... soalan berkisar kepada Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
~28hb. November 2012 (Rabu)~
Peserta dengar taklimat dulu...

Peserta bersiap sedia utk MULA...

Ada jigzaw puzzle...

Tgh cari apa tuuu? :)

Jawab...jgn x jawab...

Cari jawapan...

Main 'Snakes and Ladders'...

D.A.R.T....

Best kan... jangan pelik ye... diaorang memang suka posing... :P

Seterusnya adalah Majlis Penyampaian Hadiah dan Penutup HTP 2012, oleh SUB (KP), En. Johary bin Anuar, diiringi oleh PSU (T) 2, En. Fahrin bin Asmawi...
~29hb. November 2012 (Khamis)~


Antara tetamu yg hadir...tq ye semua...

Staf BKP yg hadir...memeriahkan majlis...

Staf perpustakaan bersama SUB (KP) & PSU (T) 2

Luv this pics ...