Friday, August 31, 2012

Sambutan Hari Merdeka ke-55 tahun






~Assalamualaikum~
Gambar-gambar di atas adalah semasa MamaSyila bertugas bersama bos dan anak buah di BKP, di malam Sambutan Hari Merdeka ke-55 tahun dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor.. seronok, walaupun penat dari pagi tu belum habis...iaitu menyediakan lebih 5,000 goodies bag utk diedarkan kepada kontijen dan orang ramai....
Dapat jugak tengok keindahan percikan bunga api malam tu walaupun dah gerak balik awal sket...TQ bos sbb bagi peluang... :)
~Wassalam~

Friday, August 17, 2012

Balik kampung....oooooo....Balik kampung!!!!





~Assalamualaikum~
17hb. Ogos.. MamaSyila bawa anak2 ke ofis sebab nak balik terus ke kampung lepas kerja... Nak raya lah katakan... Pics ni masa tunggu PapaKerol ambik kat ofis MamaSyila...Tahun ni turn balik Melaka... MamaSyila ambil cuti 3 hari tambah jadi seminggu... heh heh heh. Persiapan kuih-muih dan baju raya semua dah siap, insyaAllah sederhana je. Bab rumah pula, mula-mula hubby berkobar-kobar nak cat warna lain, tapi disebabkan kesibukkan kerja, tak jadi. Langsir pun ulang tayang yang lama hahaha. Kalau tiap-tiap tahun nak tukar 'kopak' poket MamaSyila, lagi pun takde tempat nak simpan nanti...
Okaylah nanti MamaSyila up kan gambar raya...
Selamat Hari Raya Aidilfitiri dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.
~Wassalam~

Saturday, August 04, 2012

Aksi Aisyah & Aimi








~Assalamualaikum~
Tak payah pasang tv dalam kereta, dengan tablet jer anak2 dah diam dalam kereta sambil makan chipsmore...sabar je la..
~Wassalam~

Thursday, August 02, 2012

Ramadhan 1433H @ Restoran Pantai Jeram





~Assalamualaikum~
Hari ni ayah, kami offkan dari menyediakan juadah berbuka puasa di rumah. Kami bawa mak dan ayah ke Restoran Pantai Jeram untuk berbuka. Pics kat atas ni semuanya Aisyah yang ambilkan, ada banyak lagi tapi senget benget...hehehe. Alhamdulillah rezeki kami malam tu, kenyang...Keluarga MamaSyila memang selalu makan kat sini sebab 'kena' dengan tekak kami... Birthday Aisyah yang ke-2 tahun, konvo Ele & Apit (my brothers) jamuan makan famili...semua kami makan-makan kat sini. Alhamdulillah.
~Wassalam~

Luv this pics ...