Showing posts with label Aisyah dan Aimi. Show all posts
Showing posts with label Aisyah dan Aimi. Show all posts

Monday, February 09, 2015

PBS 2015

~Assalamualaikum~

Kali ni MamaSyila share aktiviti kami di Pesta Buku Selangor 2015 yang diadakan di SACC CONVENTION CENTER 
I
I
I
\/






Ini hasilnya. Bukanlah 100% dibuat oleh mereka... turut dibantu oleh artis yang mengadakan aktiviti ini... tapi oklah untuk kali pertama...

Biasanya, kalau Mr. Hubby bertugas hari Sabtu @ Ahad... kami akan menghabiskan masa di sini... berapa kali MamaSyila 'tawaf' booth jualan tak terkira...

Aktiviti lain...












Melayang fulus... melayankan aktiviti si anak...

tp... baik untuk perkembangan otak... harapnya...

sekian
~Wassalam~



Wednesday, February 04, 2015

DIY: Bekas isi stokin dan sapu tangan anak-anak

~Assalamualaikum~

Dalam tahun 2015 ni... antara AZAM tahun baharuku adalah nak pastikan Rumahku Syurgaku kemas dan terurus, baik dari segi pengurusan masa, kewangan, emosi dan sebagainya
(wah... ayat... tak tahan...)

Idea asal dari pembacaan saya ke blog-blog berkaitan susun atur dan DIY.

Terurus dari segi EKONOMI...
saya D.I.Y kan beg kertas yang saya dapat dari majlis perkahwinan anak jiran...


kepada ini
 
Caranya:
Lipatkan sajer bahagian atas beg kertas tu ke dalam, ikut ketinggian yang disukai...

DAH!...

SIAP!

Maka nyer tersusun lah stokin dan sapu tangan untuk anak-anak saya.
Memudahkan saya mengemas dan menyusun semula, memudahkan anak-anak mengambilnya dan yang paling penting J.I.M.A.T !

*waktu ketika ini saya ada 3 beg kertas sahaja, cukup untuk stokin sekolah, stokin jalan dan sapu tangan. Nanti ada lagi, kita buat lagi...
* Boleh juga guna beg woven, dengan menggunakan kaedah yang sama.... :)

~Wassalam~


Friday, November 15, 2013

Tahniah Aisyah Zulaikha binti Norkhairul Nizam!!!

~Assalamualaikum~
Lama sungguh MamaSyila tak jenguk blog nie...
Sibuk dengan macam-macam hal... di pejabat... di rumah...

Pertama:
Alhamdulillah, kali nie MamaSyila nak kongsikan sedikit kegembiraan buat keluarga kami, puteri sulung penyeri hidup MamaSyila dan PapaKrul berjaya dalam pelajarannya... sekolah pagi petang naik pentas... hehehe...

Majlis Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada 13 November 2013 (Rabu), di kedua-dua buah sekolah, pagi petang...


Malangnya MamaSyila tak dapat pergi tengok kedua-dua majlis masa Aisyah naik pentas, sebab di pejabat ada raptai penyampaian Anugerah Peminjam Aktif Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2012, Sijil QE5S dan Juara KIK Negeri Selangor (Teknikal) juga persiapan booth pameran KIK, sempena Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013... haaaaa tuuuu dia punya sibuknya MamaSyila pada 13 November tuuuhhh. 14 November majlis sebenar.... 2 kali naik pentas, haahh sangat kelakar....


Dengan rasa sedih dihati... PapaKrul terpaksa menguruskan puteri-puteri... "Ambil gambar banyak-banyak tau bang" pesan MamaSyila... hahahaha... tengoklah aksi Aimi bila bergambar... posing tapi pandang tempat lain...hish...






Tahniah Aisyah Zulaikha!!! Nanti belajar rajin-rajin lagi ye... jauh lagi perjalananmu nak...


~Wassalam~

Sunday, January 13, 2013

KLIA TRANSIT PUTRAJAYA & CYBERJAYA ~ BANDAR TASIK SELATAN

~Assalamualaikum~

Akhirnya anak-anak merasa juga naik "keretapi"... tak kisahlah keretapi KTM ke, KOMUTER ke, PUTRA LRT ke, STAR LRT ke, Monorel ke, tp yg mudahnyer kami naik KLIA TRANSIT...
Dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan..
Seronok rasanyer melihat keterujaan Aisyah dan Aimi :). Bagi MamaSyila dan hubby, lama juga kami tak naik rangkaian keretapi ni...hehehe.

Sedikit Info Tiket:
 Dewasa: RM 5.60 - sehala
Kanak-kanak: RM 2.50 - sehala
(if i'm not mistaken..)

Sambil tunggu KLIA Transit, ada 2-3 kali KLIA Ekspress lalu... laju...

Rakyat Malaysia harus tahu bersyukur dengan kemudahan pengangkutan yang telah disediakan oleh kerajaan. Guna dengan cermat dab bijak.

Saya pernah merasa peluang pergi ke luar negara... tapi saya berani katakan Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri, Lebih Baik di Negeri Sendiri.

Enjoy the pictures























~Wassalam~

Sunday, December 23, 2012

Hot Spring @ FELDA Sg. Klah, Sungkai, Perak

~Assalamualaikum~
Menghabiskan baki cuti hujung tahun di sini... dekat dengan rumah...

 
Aisyah 'membuli' cik Nor dia



 

 ,
Mak saya...


 


Alhamdulillah dapat habiskan masa dengan keluarga tersayang...

sekian
~Wassalam~

Luv this pics ...