Friday, November 15, 2013

Tahniah Aisyah Zulaikha binti Norkhairul Nizam!!!

~Assalamualaikum~
Lama sungguh MamaSyila tak jenguk blog nie...
Sibuk dengan macam-macam hal... di pejabat... di rumah...

Pertama:
Alhamdulillah, kali nie MamaSyila nak kongsikan sedikit kegembiraan buat keluarga kami, puteri sulung penyeri hidup MamaSyila dan PapaKrul berjaya dalam pelajarannya... sekolah pagi petang naik pentas... hehehe...

Majlis Penyampaian Hadiah telah dijalankan pada 13 November 2013 (Rabu), di kedua-dua buah sekolah, pagi petang...


Malangnya MamaSyila tak dapat pergi tengok kedua-dua majlis masa Aisyah naik pentas, sebab di pejabat ada raptai penyampaian Anugerah Peminjam Aktif Perpustakaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2012, Sijil QE5S dan Juara KIK Negeri Selangor (Teknikal) juga persiapan booth pameran KIK, sempena Sambutan Hari Inovasi Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2013... haaaaa tuuuu dia punya sibuknya MamaSyila pada 13 November tuuuhhh. 14 November majlis sebenar.... 2 kali naik pentas, haahh sangat kelakar....


Dengan rasa sedih dihati... PapaKrul terpaksa menguruskan puteri-puteri... "Ambil gambar banyak-banyak tau bang" pesan MamaSyila... hahahaha... tengoklah aksi Aimi bila bergambar... posing tapi pandang tempat lain...hish...






Tahniah Aisyah Zulaikha!!! Nanti belajar rajin-rajin lagi ye... jauh lagi perjalananmu nak...


~Wassalam~

No comments:

Post a Comment

Luv this pics ...