Monday, January 24, 2011

Minggu Keempat JANUARI 2011

Assalamualaikum

Hujung minggu lepas mama kena kerja (OT). Nak siapkan kerja pilih keratan akhbar. Dah lama sangat suratkhabar macam tu, tak gerak-gerak. Lagi pun mencacatkan pemandangan library pulak. Punya tekun mama buat. Dapat juga habiskan satu bulannyer. Kalau concentrate buat mesti boleh siapkan dalam bulan ni jugak. Lagi pun dah janji ngan bos. Terima kasih kepada pengasuh anak2 ku, kak Zue yang banyak tolong jagakan Aisyah n Aimi bila mama ader kursus @ kerja lebih masa.

This week (24 - 28 Jan) raser macam boleh tahan sibuk.

Isnin ader perhimpunan pagi, mama buat renungan pagi hari ni pasal tips2 buat ulasan buku. Lepas tu buat keratan akhbar cam biasa, cuma produktiviti tak berapa bagus sebab tiba2 pening, juga ader sidang DUNS.

Selasa kena review semula prosedur MS ISO perpustakaan, samada ada perubahan ke tidak, dan keratan akhbar,

Rabu sambung buat keratan akhbar,

Khamis dijangka ader mesyuarat pengurusan, tak tau aper citer lagi, petang nak bawa anak2 pegi klinik, checkup,

Jumaat nak hantar buku2 pinjaman dari 'pinjaman berkelompok' ke PNM.

Sabtu Ahad tak tau lagi.

Sibuk tak mama?

Tu belum lagi hal2 kat rumah, dari ruang tamu sampai dapur, ader jer kerje. Tapi itulah rutin harianku, bila tengok wajah anak2, semua penat hilang (walaupun kerje belum habis buat) Hehehe. Semua wanita akan sibuk bila bergelar isteri, ibu dan pekerja...
~sambungan~
**Hujung minggu ni (29-31 jan) mama kena attend bengkel SKT.**

No comments:

Post a Comment

Luv this pics ...