Wednesday, March 02, 2011

Aku hambaMu yang kerdil...YA ALLAH...

~Assalamualaikum~
Kali ini mama nak coretkan perasaan dan isi hati yang tiba2 datang menjengah di ruangan hati mama. ALHAMDULILLAH, syukur dengan rezeki dan kesihatan yang baik yang dikurniakan ALLAH.... itu yang dapat mama gambarkan perasaan mama ketika ini, mama bersyukur kerana ALLAH masih membuka ruang taubat buatku... ALLAH berikan peluang kepada setiap hambanya untuk kembali ke jalanNya. Alhamdulillah, rezeki yang mama terima dalam pelbagai cara yang ALLAH dah tentukan...tak kira sama ada wang ringgit, kesihatan, kebahagiaan, ketenangan...alhamdulillah.
Pernah suatu ketika, mama mengalirkan airmata..kerana kegagalan, namun akhirnya ALLAH tunjukkan bahawa setiap manusia ini akan diuji. Ada ketika kita berada di bawah, dan ada pula ketikanya kita di atas. Manusia haruslah menerima Qadaq dan Qadar...dan berusaha sedaya upaya untuk berada di jalanNya. Rezeki yang kita terima lain2 dari mereka yang berada dekat @ jauh dengan diri kita. ALLAH iut Maha ADIL.

No comments:

Post a Comment

Luv this pics ...