Thursday, November 05, 2015

SUKSEL terima Sijil Tamat Kursus 'Presentation Skills' dari Cambridge

~Assalamualaikum~

04112015:
Hari ni adalah majlis kecil penyampaian sijil tamat kursus 'Presentation Skills' yang telah kami hadiri 
selama 3 bulan lebih...
sebulan 2 kali....
setiap kelas selama 3 jam...

Memang sangat menarik kerana tenaga pengajar menyampaikan ilmu dan melakukan aktiviti-aktiviti yang membina keyakinan kita untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.
(Konfiden penting dik..)

Ucapan terima kasih kepada SUB kami yang support dan memberi galakan... 




~Wassalam~

Friday, October 30, 2015

SUKSEL terima Anugerah Khas di Majlis Apresiasi Inovasi Negeri Selangor 2015

~Assalamualaikum~

Setelah kejayaan kumpulan SUKSEL menerima 'GOLD ILLUMINATION' dalam ICQCC 2015
I
I
I
I
I
\/





...pengkhabaran gembira kami terima daripada kerajaan negeri yang mana kami dipilih menerima... ANUGERAH KHAS INNOVATION & QUALITY CONTROL CIRCLE (IQCC)
yang dianugerahkan kepada kumpulan/ jabatan yang telah mencapai prestasi atau kejayaan cemerlang dalam Innovation & Quality 



On the way... tunggu yg ganteng-ganteng lambat nor nak bersiap...

Sempat swafoto ~ makan-makan ~ check phone
Alhamdulillah...
Bersama kumpulan SMARTSEL... tempat ke-3 (Kategori Teknikal) KIK Negeri Selangor 2015... jua bersama teman2 BKP

TAHNIAH GENG!!!

Friday, October 16, 2015

SUKSEL mempersembahkan...

~Assalamualaikum~

Semalam (15 Oktober 2015) kami telah mempersembahkan Award yang kami terima di ICQCC... Alhamdulillah, SUKSEL telah menerima Award Gold Illumination bagi projek AcRe di ICQCC, KOREA 2015.

Peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh jabatan amatlah kami hargai... satu pengalaman yang menarik dan mencabar kebolehan diri saya sendiri... Alhamdulillah.

 tunggu nak jumpa big boss...


bersama fasilitator kami...
😊

~Wassalam~

Friday, February 20, 2015

Family Day 2015

Ni... tengah bersukaneka...



Kita layan foto sekitar Dinner malam tu lah ye...
Macam biasa, sedikit ucapan daripada bos kecik, kemudian makan...
Diselang selikan dengan pertandingan karaoke...
Mr Hubby tak masuk bertanding kali ni sebab jadi juri... hehehe...



Suprise untuk En Fahrin, kami celebrate birthday dia... isteri En. Fahrin yang jadi master mind...


Mr. Hubby tengah isi markah...

Persembahan dari anak-anak ahli Kelab Bunga Raya, suka-suka je ni, chicken dance.... semua dapat goodies. Nanti buat pertandingan ada pulak yang mengamuk... muncung panjang sejengkal.





Baru nampak muka ada senyuman, kalau tidak bosan jer...

Cabutan bertuah... dapat apa ye masa ni???

Barisan juri yang arif lagi bijaksana.


Sebelum pulang, kita amek gambar dulu...

Monday, February 09, 2015

PBS 2015

~Assalamualaikum~

Kali ni MamaSyila share aktiviti kami di Pesta Buku Selangor 2015 yang diadakan di SACC CONVENTION CENTER 
I
I
I
\/






Ini hasilnya. Bukanlah 100% dibuat oleh mereka... turut dibantu oleh artis yang mengadakan aktiviti ini... tapi oklah untuk kali pertama...

Biasanya, kalau Mr. Hubby bertugas hari Sabtu @ Ahad... kami akan menghabiskan masa di sini... berapa kali MamaSyila 'tawaf' booth jualan tak terkira...

Aktiviti lain...












Melayang fulus... melayankan aktiviti si anak...

tp... baik untuk perkembangan otak... harapnya...

sekian
~Wassalam~



Wednesday, February 04, 2015

DIY: Bekas isi stokin dan sapu tangan anak-anak

~Assalamualaikum~

Dalam tahun 2015 ni... antara AZAM tahun baharuku adalah nak pastikan Rumahku Syurgaku kemas dan terurus, baik dari segi pengurusan masa, kewangan, emosi dan sebagainya
(wah... ayat... tak tahan...)

Idea asal dari pembacaan saya ke blog-blog berkaitan susun atur dan DIY.

Terurus dari segi EKONOMI...
saya D.I.Y kan beg kertas yang saya dapat dari majlis perkahwinan anak jiran...


kepada ini
 
Caranya:
Lipatkan sajer bahagian atas beg kertas tu ke dalam, ikut ketinggian yang disukai...

DAH!...

SIAP!

Maka nyer tersusun lah stokin dan sapu tangan untuk anak-anak saya.
Memudahkan saya mengemas dan menyusun semula, memudahkan anak-anak mengambilnya dan yang paling penting J.I.M.A.T !

*waktu ketika ini saya ada 3 beg kertas sahaja, cukup untuk stokin sekolah, stokin jalan dan sapu tangan. Nanti ada lagi, kita buat lagi...
* Boleh juga guna beg woven, dengan menggunakan kaedah yang sama.... :)

~Wassalam~


Luv this pics ...