Friday, July 08, 2011

PPAS...the new building..

~Assalamualaikum~
Hari ni mama sajer nak citer pasal bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor @ PPAS. Hari tu berpeluang pergi melawat, walaupun belum dibuka secara rasmi kepada orang awam, I kan orang PPAS...hihihi.
Actualy pics yg ader kt cni mama amik dr facebook anak bos mama di sana...


~PINTU MASUK UTAMA, KAUNTER PERTANYAAN/ GUARD~~PEMANDANGAN TASIK DR DLM BGNN~~ENTRENCE BAHAGIAN KANAK2~ ~KAUNTER KANAK2~ ~FURNITURE BHG KANAK2..menarik kan~~POKOK DLM BGNN...santai gitu~~boleh main game kat sini..~ ~nie dewan serbaguna kut...boleh jadi tpt pameran, tpt menunggu, tpt lawatan, boleh buat tpt perhimpunan, mcm2 lah..~rasernye bilik 6D theatered~~bilik 3D~~naik ke atas...eskelator ader sensor...jimat letrik..hehehe~


~pemandangan dari aras 4 kut nih...~ ~book wall~


Mama amat bangga dan teruja kat bgnn baru ni. TAHNIAH kepada Pn. Mastura Mohamad & team PPAS. Harap saper2 yg baca N3 ni boleh datang beramai-ramai ke sini dan menggunakan kemudahan yg disediakan. Lupa plak nak bgtau, ader gym tau...mengantuk baca buku boleh xcercise jap...hihihi. Kemudahan lengkap-Surau, Cafe, dll.


BEST LAH!!!!

Saturday, July 02, 2011

Aimi kena sedut gas... :(

~Assalamualaikum~
Kali ni MamaSyila nak citer skit pasal Aimi ni...batuk dan selesema teruk juga...bawa gi klinik doc suruh sedut gas utk keluarkan @ cairkan kahak dalam paru2. Nasib baik dia duduk diam jer masa papa pegang dier. Kakak nyer pulak yang panjat sana panjat sini...hish...
Tapi Alhamdulillah, doc kata kena makan ubat ikut time, nnt ok..."Dgr tu Aimi!!" Susah betul nak bagi Aimi makan UBAT...
~Wassalam~

Salam Perpisahan...moga kita berjumpa lagi....




~Assalamualaikum~
Hari ni Kelab Bunga Raya, Unit Pentadbiran (BKP) buat majlis sambutan Harijadi utk staf yg lahir bulan April-Jun & Majlis Perpisahan utk CC Khalil (ke Pej Veterinar) dan utk Farah (berhenti kerana ikut hubby die) Bergambar ngan Yati... teman yang paling rapat ngan dier di Unit Pentadbiran.
Ini gambar mase kami melawat bangunan baru PPAS... kat bah kanak2... my beloved staff...
About NOOR FARAHWAHEEDA BT ABD. RAHMAN. Farah merupakan kktgn pp yg paling lama btugas slps pertukaran mama ngan Shida ke pp. So, mama banyak rujuk kat dier ttg perjalann lib, dan bab2 cataloguing guna sistem lib. Farah tamat kontrak awal sbb dia dan Ulfa (anak dia sebaya Aimi) akan ikut hubby dia 'fly' ke UK sbb hubby dia kerja kat sana.. Berat hati juga dia nak berhenti tp dah hampir 2 tahun dia ddk saperately so, it's about time...


Farah ni orgnyer simple jer, tak banyak mulut, tp kalau lama kenal dier she's very friendly... kiranyer kawan mama nak gi mana2 lah...tumpang keta dia htr ke PPAS, pegi IKEA ke... shopping tupperware ngan bantal kat lobi depan kedai PUSPANITA...hehehe. Kitaorang, termasuk Shida, selalu tukar2 cerita pasal famili, pengalaman menguruskan keluarga dan macam kenal dah keluarga masing2. Ye lah kan, dlm LIB ni pun ade 3 kerat jer staf nyer...hhhmmm... I'll miss that moment.


To Farah, kalau Farah baca this N3 ni, saya doakan moga Farah selamat tiba di tempat baru. Jaga diri dan keluarga. Slllah contact kitaorg tru FB or Emel... We'll miss U here...Take Care...


Sekarang ni kami kembali bertiga... mama harap dapat bekerjasama dgn baik dgn diaorg ni...


~Wassalam~

Friday, July 01, 2011

Minggu Akhir bulan Jun 2011

~Assalamualaikum~

Dari 24 Jun hingga 3 Julai 2011, bertempat di SACC Convect Shah Alam... berlangsungnyer PESTA BUKU SELANGOR 2011. Dan seperti biasa, warga PPAS akan sibuk menguruskan aper yang patut mengikut tugasan yang telah diagihkan. MamaSyila pun menempek kat situ sbb hubby yang menguruskannyer bersama anak2 buah.
Sabtu (26 Jun 2011) Kami meluangkan masa anak beranak (hehehe) ke sana..MamaSyila nak bawa Aisyah sertai pertandingan mewarna dan berjumpa ngan maskot UPIN & IPIN.. Dapat lah juga belikan Aisyah 5-6 buah buku cerita.... untuk koleksi di rumah... Kalau nak baca lebih lagi, kita pinjam kat lib papa yer... hehehe... MamaSyila pun dapat beli RAPI Jun dan Julai... okay la tu... Of course lah Aisyah tak menang dalam pertandingan mewarna tu tapi MamaSyila raser ia sebagai pendedahan yang baik untuk dia. Lukisan yang dia warnakan tu cantik (siapa nak puji kalau bukan mama sendiri..hihihi), tp ader yg lagi cantik (agaknyer siap hantar tuisyen melukis kut yg jd pemenang ari tuh) Dia pandai warnakan ikut persekitaran, maksud nyer warna kulit- peach, mulut-merah, rambut-hitam & pink (ini gara2 menonton powerpuff girl) kira ok lah utk kanak2 yg sebaya dia tu..Alhamdulillah. Kalau tertanya2 di mana Aimi, mama sedang dukung dia sbb Aimi tido....hehehe.


Bila tiba segmen Bermesra dengan Upin & Ipin, apabila Aisyah & Aimi nampak jer maskot tu keluar ke pentas, bagaikan tak senang duduk mama di buat nyer... ooopppsss. Lupa nak bagi tau, Ana pun ader ikut kami sepanjang lawatan tu...hehehe. Untie tukang pegang Aimi, mama dukung Aisyah...nampak jer badan cikeding, tp berat tulang!!! Siap ader menari 'chiken dance... mama pun xcited buat sbb dulu kat PPAS, mama lah orang yang duduk kat depan hahaha... kenangan...Bac to the story... nampak GUMBIRA sungguh anak2 mama petang tu... dapat amek gambar dengan Ipin lagi, kira berbaloilah, hahaha.
Bila dah petang tu, nampak muka Aisyah & Aimi dah kepenatan, dalam kereta on the way balik rumah dah tido...sampai pagi esok baru dua2 bangun...penangan PESTA BUKU SELANGOR 2011..
Lupa plak nak cerita... pendek jer citer ni... anak2 mama dilahirkan dalam hari2 berlangsungnya Pesta Buku Selangor ni... Aisyah kalau tak silap... hari akhir Pesta buku Selangor 2006...30 Julai 2006, dan Aimi kalau tak silap lagi seminggu nak mula Pesta Buku Selangor 2009... 20 Jun 2009... memang maser2 yg sgt sibuk utk hubby... tp alhamdulillah, kami dapat harunginyer... hehehe.
Sambungan 'Malang tak berbau'...Sajer jer nak citer pasal xcdent kereta ari tu yg bukan mama alami, tp hubby... setelah >< 2 minggu, kereta 'spot' mama kembali 'bergaya'.. Sebab apa, hubby kasi 'nafas baru' pada bonet kereta tu..Tau aper?.. Dia ganti ngan bonet yang ada lubang hidung tuh...hahaha..."Alang2 nak tukar kan" itu la kata2 dr mulut hubby. Mama tak kate aper2 lah.. mula2 tu memang 'kurang berkenan' tp bila tengok 2-3 kali, cam cantik plak. Lagi satu, I tak kisah sangat benda camtuh.. asal kereta boleh jalan, I OK jer... semalam balik ngan hubby, tengok dah siap cat..yg pelik tu pagi tu masih warna hitam...petang dah siap cat...(suamiku memang tak boleh tengok dan tunggu kalau kereta2 kami 'rosak @ @#$%^&, mesti dihantar cepat2 ke bengkel) Pandai2 abang lah...

Tuesday, June 28, 2011

Hari Sukan Tadika Aisyah - Part 1

~Assalamualaikum~

Saya nak bercerita al-kisah Tadika Aisyah yang mengadakan Hari Sukan Tadika Sri Melor, di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Klang... dekat jer dgn area rumah kami... Selama lebih kurang 3 minggu... anak-anak ini telah membuat persiapan dari segi perbarisan, permainan daln lain-lain.. Bila tibanya minggu sebelum Hari Sukan, Aisyah demam dan muntah-muntah sehingga cuti 2 hari..:(. Kesian anak mama... Alhamdulillah, hari sebenar dia dah sihat sikit dan kami pun anak beranak ke kompleks sukan tu... Terlambat sikit, anak-anak dah mula beratur dalam barisan untuk memulakan perarakan masuk, nasib baik jumpa Guru Besar Tadika, terus dia bawa Aisyah ke pasukan Rumah Hijau... Kami pun cari tempat utk menonton perarakan. Takut juga kalau dia pitam, al-maklumlah belum sihat sangat... Macam-macam aktiviti yang dimainkan oleh anak-anak...sampai ada game utk parents dan cikgu-cikgu...ye lah kan... masa ni lah nak jadi cam 'budak-budak' balik, hehehe. Kalau tak silap Aisyah main 2 game, 1 menang, 1 kalah...OKlah tue kan? Saat diaorang seronok sangat ketika maskot KFC datang menghiburkan kanak-kanak dgn tarian 'chicken dance'..(terkenang plak masa saya meng'handle'kan aktiviti kanak-kanak) Ada senamrobik lagi tu... Jadinya di bawah adalah pics sepanjang Hari Sukan yg pertama untuk Aisyah...enjoy ;P..


Muka 'tak berapa nak sihat'...




Bersiap sedia utk perarakan masuk





Seronok dapat madel...(tudung dah hilang entah ke mana) Aimi pun sibuk sama nak pakai 'crown' kakaknya...;P



Kay...Wassalam..


Tuesday, June 21, 2011

Malang Tidak Berbau

~Assalamualaikum~
Actually peristiwa ni berlaku semalam (19 Jun 2011- Ahad). Hubby kena kerja lagi hari ni, so dia bawa kereta Kancilku sbb Wira masuk bengkel kelmarinnya...huhuhuhu. Dalam tgh mengemas dan memasak, Hubby call mama... katanyer suruh mama bertenang. Bila dgr perkataan "BERTENANG" this means something bad had happen!! and I'm right!!!! Kancilku Xcident !!! hhhuuuaaahhhh. Kemek bonet dan bumper ku...
Nak marah pun tak guna, sebab benda dah jadi. Yang paling penting hubby ngan our friend selamat dan tak cedera. Alhamdulillah...syukur sangat2. Kereta boleh di baiki @ ganti... nyawa???...bak kata penceramah kursus keselamatan kebakaran ari tu...hehehe.
Aduhai, tgh2 bulan ni pening jugalah....sib baik esok lusa dah gaji!! boleh la bernafas balik...
Apa2 pun, ini pengajaran dan 'wake up call' 4 me and hubby...

Monday, June 20, 2011

Happy Birthday 2 My Dotter... Aimi Zulaikha....




MAMA LOVE YOU VERY MUCH!!! MOGA JADI PUTERI YANG CERDIK, MANIS, AND DIPANJANGKAN UMUR, DIBERKATI, DIRAHMATI, DILINDUNGI OLEH ALLAH S.W.T.



Saturday, June 18, 2011

Report Card Aisyah....

~Assalamualaikum~
Hari ni mama and hubby ke tadika Aisyah untuk ambil kad laporan dia. Dah siap2, kami pun gi sarapan. Sekali tu Aimi tarik muka meneran...alahai anak mama tgh b_ _ _ k!!! Hubby kata htr ke rumah pengasuh je lah ( mama & hubby kena gi kerja hari ni...huhuhu ) Dah htr Aimi, kami pun terus ke tadika Aisyah... masa sampai tu ada parents classmate Aisyah tgh jumpa cikgu dia...we alls wait out side... Bila tiba turn Aisyah, cikgu dia senyum jer...tunjuk markah Aisyah... BM, BI, MATH, PEND ISLAM, SAINS...alhamdulillah, pencapaian yang amat membanggakan...
Perkembangan yang memberangsangkan dan cepat tangkap pelajaran. ALHAMDULILLAH, syukur kepada Allah.. harap sampai besar ye sayang...

A BUNDLE OF BOOKS...

~Assalamualaikum~



N3 ni berkaitan dengan n3 'Amalan QE 5S di ofisku'. Sebagaimana yang U alls tau, S yg ke-5 adlh 'Sentiasa Amal'. Sehabis baik, mama cuba pastikan my ofis always in good conditions....aaahhh speaking plak. Tp x dpt dielakkan, ader je brg yg akan mencacatkan kemaintenan bilik ku itu. Last Friday, dapat lagi berbundle2 buku dari pej MB. Bukan menolak tp tercalar ckit la...hehehe. Apa yg boleh mama buat ialah pindahkan buku tu ke blk proses lib. And derma sket kat state lib... buku yg disimpan tu bolehla I buggy sbg hadiah utk akt lib...jimat blanja. Next week macam sibuk sket...Hubby akan sll balik lambat utk persediaan Pesta Buku Selangor... for sure!!! Mama sibuk nak capai target SKT ofis & individu...termasuklah pastikan SKT anak buah pun tercapai setakat pertengahan thn... nnt klu BIG BOS mintak, i dah ready...hihihi.



~Wassalam~

Monday, June 13, 2011

Glee - My Favourite Drama...

~Assalamualaikum~
Last Sunday, mama habiskan the whole day watching back to back Glee Season 2. Marathon to the final episode..huhuhuhu dah nak habis ker??? Sambil Lipat kain n kemas rumah, mama cuba jugak tonton citer ni. Especially yang episode yang terlepas... nasib baik Aisyah cbuk main computer game... Aimi pun join mama tgk tv. Hubby buat keje org lelaki lah kan...gobek kreta ngan moto dier...


Mama suka lagu nih...

Wednesday, June 01, 2011

Amalan QE 5S di ofisku







NAMPAK TAK PERBEZAANNYA???


HAHAHAHA ---->HASIL DARI USAHA MAMA UNTUK ME-5-S-KAN OFIS MAMA...3 TAHUN DUDUK CNI...3 THN JUGALAH MAMA DUDUK NGAN "SAMPAH"...


(BAK KATA CONSULTANT QE 5S MAMA LA KAN...)


Sebenarnya bukan lah sampah pun, cuma simpan untuk tujuan rujukan di masa depan.. tp bila dah banyak sangat, gitulah jadinyer...benda yang 3 thn tak pernah dirujuk pun mama masih simpan...Oleh itu, bersempena Program 5S di ofis mama ni, benda2 yg tidak diperlukan & tidak dirujuk selama 3 tahun lebih ni...dengan perasaan tiada belas kasihan...let go jer...Brg2 peribadi yg terlebih sudah...bawa balik rumah...(nnt kena 5S plak kat rumah). Kasut lama yg tak pakai lagi sbb rosak skit..pejam mata jer lah..let go. Fail2 aktif disimpan ditempat yg sepatutnya...kertas2 yg dah lama tuh..rujukan mase buat kataloging...let go jer...stationary yang terlebih tu...simpan satu jer utk every item..boleh plak consultant tu ambik gambar gunting ku yang ada 2, stepler 2,gam 3 botol, pen berlambak dalam cawan kaca tu... ada dakwat lagi ker tuh...buku nota kecil jangan cakaplah..tiap kali pegi kursus @ perhimpunan jabatan mesti dapat satu, so kumpulkan...fuhh! Memang banyak kerja untuk S yg pertama ------>SISIH! Memang berbaloi rasernyer penat & peluh yg kluar ari tu...siap lap tingkap ofis...jgn tak percaya....Sambil SISIH, kita kena lah buat SUSUN dan SAPU...dah alang2 kan, sekali jalan lah.


Lepas semua barang berada di tempat sepatutunya, boleh lah kiter label melebel. Tapi jgn la sampai berlebihan .. asal nmpk ciri2 korporat nyer... OK la tue!


Sehingga ke hari ni, kemaintainan kemas tu kena jaga...S yg terakhir --->SENTIASA AMAL. Apa yg mama buat, 15 minit sblm tamat mase, kemas balik bilik kerja kita. Kalau buat sll, senang jer...BETUL TAK?. Oklah, semarakkan semangat QE5S sampai ke rumah..yokkk!!!

Luv this pics ...