Tuesday, June 28, 2011

Hari Sukan Tadika Aisyah - Part 1

~Assalamualaikum~

Saya nak bercerita al-kisah Tadika Aisyah yang mengadakan Hari Sukan Tadika Sri Melor, di Kompleks Belia dan Sukan Daerah Klang... dekat jer dgn area rumah kami... Selama lebih kurang 3 minggu... anak-anak ini telah membuat persiapan dari segi perbarisan, permainan daln lain-lain.. Bila tibanya minggu sebelum Hari Sukan, Aisyah demam dan muntah-muntah sehingga cuti 2 hari..:(. Kesian anak mama... Alhamdulillah, hari sebenar dia dah sihat sikit dan kami pun anak beranak ke kompleks sukan tu... Terlambat sikit, anak-anak dah mula beratur dalam barisan untuk memulakan perarakan masuk, nasib baik jumpa Guru Besar Tadika, terus dia bawa Aisyah ke pasukan Rumah Hijau... Kami pun cari tempat utk menonton perarakan. Takut juga kalau dia pitam, al-maklumlah belum sihat sangat... Macam-macam aktiviti yang dimainkan oleh anak-anak...sampai ada game utk parents dan cikgu-cikgu...ye lah kan... masa ni lah nak jadi cam 'budak-budak' balik, hehehe. Kalau tak silap Aisyah main 2 game, 1 menang, 1 kalah...OKlah tue kan? Saat diaorang seronok sangat ketika maskot KFC datang menghiburkan kanak-kanak dgn tarian 'chicken dance'..(terkenang plak masa saya meng'handle'kan aktiviti kanak-kanak) Ada senamrobik lagi tu... Jadinya di bawah adalah pics sepanjang Hari Sukan yg pertama untuk Aisyah...enjoy ;P..


Muka 'tak berapa nak sihat'...




Bersiap sedia utk perarakan masuk





Seronok dapat madel...(tudung dah hilang entah ke mana) Aimi pun sibuk sama nak pakai 'crown' kakaknya...;P



Kay...Wassalam..


No comments:

Post a Comment

Luv this pics ...