Tuesday, December 08, 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA: MELAKA ~ JOHOR ~ NEGERI SEMBILAN PART 1

~Assalamualaikum~
3-6 Disember 2015

Kami main terjah jer nie... perancangan last minit. Nasib baik ada kekosongan lagi. Kalau tunggu nak bercuti hujung minggu, memang takde kekosongan bilik.

Kami tiba waktu tu dah hampir lewat petang, so selesai pembayaran dibuat, kami berehat dan melihat keadaan sekeliling. Anak-anak dah teruja nak mandi laut dan bermain pasir, tapi sebab dah nak mahgrib, esok je lah... janji bangun awal...

Malam tu untuk lapik perut, kami makan bekal yang dibawa oleh kak Nab, nasi impit, serunding, rendang, ada buah buahan juga. Masak air buat air nescafe... hahaha, macam kat rumah plak. Bergilir-gilir makan sebab tak cukup pinggan mangkuk.
Sambil tu kami sibuk search dalam Internet nak cari homestay lain untuk malam esoknya. Perancangan nak ke Muar, makan Mee Bandung Muar... haaa.
Alhamdulillah dapat 1 

Tapi malam tu still kami keluar cari makan malam, Mr. Hubby bawa ke tempat roti john yang terkenal di Semabok.
 
Belanja gambar sekitar chalet dulu... bersih dan selesa.

 
Ni ofis chalet 

Mr. Hubby sedang blaja ilmu automobil dgn wak hakim...hehehe

Masa ni kereta kami je yang ada... sebab orang lain sibuk kerja lagi, kami dah bercuti... hahaha

Pemandangan di hadapan chalet


Dah kenyang, balik ke chalet. Kami lepak-lepak di pondok yang disediakan. 
Pondok tu kalau ada family yang buat tempahan untuk BBQ, kat situlah tempat membakarnya...



 Ini papan tanda chalet... kena perhati betul-betul kalau nak cari tempat ni, takut terlepas... sebab kami pun terlepas simpang, hahaha.

 Sebelum masuk tido, kami ambil gambar kenangan. 





  Family Abg Baharom

 Family Wak Hakim

Family Abg Yus

My Heart and My Soulmate...

Untuk maklumat lanjut seperti harga, lokasi, kemudahan dan gambar bilik-bilik, boleh la layari page mereka ... http://qashrinachalet.com/

so setel PART 1. Nanti sambung PART 2...

~Wassalam~

No comments:

Post a Comment

Luv this pics ...