Tuesday, February 08, 2011

Minggu Pertama FEBRUARI 2011

Assalamualaikum
Happy Chinese New Year!! Seperti kebiasaan tahun2 sebelumnya, time rayer cina ni kami akan pulang ke Melaka, parent in law cuti berniaga lama and disebabkan kakak iparku akan pulang ke Melaka for the first time sejak habis belajar di New Zealand.
KHAMIS- 3 FEB 2011
Bergerak dari rumah jam 12 tengahari !!!
Sebelum balik kampung kena kemas rumah dulu, supaya bila balik semula tak penat.. betul tak?
Kami ikut jalan dalam... tak ikut highway sbb JAM! Alhamdulillah, perjalanan smooth walaupun banyak kereta. Sampai rumah Melaka jam 3, lebih kuranglah.
JUMAAT- 4 FEB 2011
Pagi2 lagi mama, 'dotter', nice (Umairah), sisters and breders in law gi jalan2 kat Kota A-Famosa...penat sih naik berapa ntah anak tangga sampai atas. Yang paling untung si kecil..AIMI...
Tapi biler sampai atas sana...pemandangan yang memukau mata, dengan angin pagi bertiup sepoi2 bahasa (bermadah helah plak..hehehe) Bergambar sakan kami di atas sana...seronok plak kluar pagi2 ni kat tengah bandaraya MELAKA...
Selepas tu kami bergerak ke PANTAI PUTERI (dahulunya dikenali sebagai Tanjung Kling) untuk bersarapan pagi... Ayah, mak, hubby, along ngan abg Razak dah sedia menunggu di meja makan...wah.. seronok betul Aimi jumpa diaorang...dan family sakan betul makan...;)
Sebelah petang tu kami berjalan2 ke JJ Melaka, cuci mata..hehehe. Dapatlah belikan Aisyah ngan Aimi sepasang kasut jalan2.
SABTU- 5 FEB 2011
Perancangan nak balik ke Klang petang nih...family in law akan follow sekali sbb nak htr along n family balik Sarawak. (Nasib baik dah kemas rumah- tp kain tak abih lipat lagi)
AHAD-6 FEB 2011
Just duduk di rumah bersama family. Layan citer Hantu Kak Limah @ astrofirst. Best jugak..terbahak2 dengor loghat Perak..
Malam tu kami ke KLIA htr along...sedih gak..kesian kat Aisyah ngan Aimi...'berpisah' ngan Umairah..

So, itulah pengisian sepanjang cuti rayer cina tahun 2011. Hujung minggu ni turn balik Slim plak...insyallah...

No comments:

Post a Comment

Luv this pics ...