Saturday, September 22, 2012

Wednesday, September 19, 2012

Memori...itu...

Aku asyik teringat la, tak suka, dan aku cuba elak. Tapi memori tu asyik datang jer...ohhh tolong la lupakan ia. Ia bukan untukku...bersyukur dengan apa yang ada di sini... dengan perasaan yang sederhana... biar tenang-tenang jer gitu. Memori... pergilah jauh-jauh... aku tak perlukan kamu... Hanya padaMu Ya Allah, aku memohon jauhkan diriku dari perkara yang tidak sepatutnya ada dalam fikiran ku.

Friday, August 31, 2012

Sambutan Hari Merdeka ke-55 tahun






~Assalamualaikum~
Gambar-gambar di atas adalah semasa MamaSyila bertugas bersama bos dan anak buah di BKP, di malam Sambutan Hari Merdeka ke-55 tahun dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor.. seronok, walaupun penat dari pagi tu belum habis...iaitu menyediakan lebih 5,000 goodies bag utk diedarkan kepada kontijen dan orang ramai....
Dapat jugak tengok keindahan percikan bunga api malam tu walaupun dah gerak balik awal sket...TQ bos sbb bagi peluang... :)
~Wassalam~

Friday, August 17, 2012

Balik kampung....oooooo....Balik kampung!!!!





~Assalamualaikum~
17hb. Ogos.. MamaSyila bawa anak2 ke ofis sebab nak balik terus ke kampung lepas kerja... Nak raya lah katakan... Pics ni masa tunggu PapaKerol ambik kat ofis MamaSyila...Tahun ni turn balik Melaka... MamaSyila ambil cuti 3 hari tambah jadi seminggu... heh heh heh. Persiapan kuih-muih dan baju raya semua dah siap, insyaAllah sederhana je. Bab rumah pula, mula-mula hubby berkobar-kobar nak cat warna lain, tapi disebabkan kesibukkan kerja, tak jadi. Langsir pun ulang tayang yang lama hahaha. Kalau tiap-tiap tahun nak tukar 'kopak' poket MamaSyila, lagi pun takde tempat nak simpan nanti...
Okaylah nanti MamaSyila up kan gambar raya...
Selamat Hari Raya Aidilfitiri dan Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga.
~Wassalam~

Saturday, August 04, 2012

Aksi Aisyah & Aimi








~Assalamualaikum~
Tak payah pasang tv dalam kereta, dengan tablet jer anak2 dah diam dalam kereta sambil makan chipsmore...sabar je la..
~Wassalam~

Thursday, August 02, 2012

Ramadhan 1433H @ Restoran Pantai Jeram





~Assalamualaikum~
Hari ni ayah, kami offkan dari menyediakan juadah berbuka puasa di rumah. Kami bawa mak dan ayah ke Restoran Pantai Jeram untuk berbuka. Pics kat atas ni semuanya Aisyah yang ambilkan, ada banyak lagi tapi senget benget...hehehe. Alhamdulillah rezeki kami malam tu, kenyang...Keluarga MamaSyila memang selalu makan kat sini sebab 'kena' dengan tekak kami... Birthday Aisyah yang ke-2 tahun, konvo Ele & Apit (my brothers) jamuan makan famili...semua kami makan-makan kat sini. Alhamdulillah.
~Wassalam~

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433H - 2012

~Assalamualaikum~
Sempena kedatangan bulan Ramadhan tahun ini, MamaSyila ingin mengucapkan...
"Salam RAMADHAN buat semua ahli keluarga, teman, sahabat handai, rakan taulan dan mereka yang mengenali saya dan keluarga.
Moga mendapat berkat dan pahala berganda, dijauhkan diri dr melakukan dosa.
Dilindungi ALLAH selalu hendaknya.
Mohon maaf atas segala kata2 dan tingkah laku yang salah, jika ada...


Bagi menjadikan blog ini lebih berguna kepada saya serta pembaca yang singgah, di sini sya kongsikan ilmu yang saya share dari laman Facebook saya... moga pengetahuan ini berguna kepada anda :)


~Selamat Menjalani Ibadah Puasa Dengan Penuh Keberkatan~
~Wassalam~

Wednesday, June 20, 2012

20 Jun 2012 - B'Day Aimi Zulaikha yg ke 3 tahun... :)

 Kek Harijadi Aimi

 "Kakak tolong ye..."
 "Wah!!! Cantiknyer kek Aimi"
Adik suapkan kakak...

~Assalamualaikum~
Hari ni Aimi genap 3 tahun. Tak sangka..kejap betul masa berlalu. Alhamdulillah, Aimi sentiasa melemparkan senyuman... wajahnyer yang comel, amat menenangkan hati ku. Keletahnya dan kepetahan dia berkata-kata amat menakjubkan. Ya ALLAH, lindungilah anakku, KAU berikanlah kesihatan dan kebaikan terhadapnya. MamaSyila amat bersyukur kerana kedua-dua puteri ku membesar bagai J.O.H.A.N... :)
~Wassalam~

Thursday, May 24, 2012

Aktiviti mandi manda di tempat baru :P

~Assalamualaikum~



Aktiviti mandi manda yang sangat digemari oleh puteri2 kami, kali ni papa Keroll bawa tempat lain, masih di Putrajaya, tp di Kompleks Kejiranan Presint 16 (kalau tak salah) Dekat sikit dgn area rumah sis in law. Selalunya kami akan bawa mereka 'berkubang' di Kompleks Kejiranan Presint 9... jadilah kan, 20 - 30 minit main air...dah kecut jari tangan dan kaki..hehehe. Sebab beralih arah, kolam kat sini cetek sikit kalau nak dibandingkan dengan kolam di Presint 9, so 'selamat' skit utk Aimi.











Selepas membersihkan diri, acara jalan2 cari makan pula, kali pertama ke Presint 16, kami makan di area Komplek Kejiranan tu juga. Tapi tak berapa sesuai dengan tekak kami lah... kali kedua ke sana, kami makan di area Taman Warisan Pertanian, sedap juga lah. Cuba try coconut shake kat sana...seeedappp :) Aisyah ngan Aimi pun sempat bergambar dengan replika buah-buahan kat situ... so enjoy this weekend.. :D
~Wassalam~

Luv this pics ...