Wednesday, June 20, 2012

20 Jun 2012 - B'Day Aimi Zulaikha yg ke 3 tahun... :)

 Kek Harijadi Aimi

 "Kakak tolong ye..."
 "Wah!!! Cantiknyer kek Aimi"
Adik suapkan kakak...

~Assalamualaikum~
Hari ni Aimi genap 3 tahun. Tak sangka..kejap betul masa berlalu. Alhamdulillah, Aimi sentiasa melemparkan senyuman... wajahnyer yang comel, amat menenangkan hati ku. Keletahnya dan kepetahan dia berkata-kata amat menakjubkan. Ya ALLAH, lindungilah anakku, KAU berikanlah kesihatan dan kebaikan terhadapnya. MamaSyila amat bersyukur kerana kedua-dua puteri ku membesar bagai J.O.H.A.N... :)
~Wassalam~

Thursday, May 24, 2012

Aktiviti mandi manda di tempat baru :P

~Assalamualaikum~



Aktiviti mandi manda yang sangat digemari oleh puteri2 kami, kali ni papa Keroll bawa tempat lain, masih di Putrajaya, tp di Kompleks Kejiranan Presint 16 (kalau tak salah) Dekat sikit dgn area rumah sis in law. Selalunya kami akan bawa mereka 'berkubang' di Kompleks Kejiranan Presint 9... jadilah kan, 20 - 30 minit main air...dah kecut jari tangan dan kaki..hehehe. Sebab beralih arah, kolam kat sini cetek sikit kalau nak dibandingkan dengan kolam di Presint 9, so 'selamat' skit utk Aimi.











Selepas membersihkan diri, acara jalan2 cari makan pula, kali pertama ke Presint 16, kami makan di area Komplek Kejiranan tu juga. Tapi tak berapa sesuai dengan tekak kami lah... kali kedua ke sana, kami makan di area Taman Warisan Pertanian, sedap juga lah. Cuba try coconut shake kat sana...seeedappp :) Aisyah ngan Aimi pun sempat bergambar dengan replika buah-buahan kat situ... so enjoy this weekend.. :D
~Wassalam~

Monday, April 23, 2012

Kursus @ MAMPU, Cyberjaya

~Assalamualaikum~










Sepanjang lima hari dari 16-20 April 2012 yang lalu, MamaSyila dan bos2 di ofis telah berkampung di MAMPU, Cyberjaya. Kami menghadiri lab Model Fast Track PKP untuk Pejabat SUK Negeri-negeri seluruh Malaysia. Macam besar jer bunyinyer kan, memang besar pun. Bila sampai dalam mini auditorium tu, nampak top gun-top gun dari SUK negeri lain... seriau rasernye...  kita ni ikan bilis jer...hehehe

Lab hari pertama diisi dengan taklimat ringkas keselamatan (alah...yang macam pramugari buat dalam kapal terbang tu, dia tunjuk mana nak lari bila berlaku kecemasan) Sebenarnya taklimat ni bagus untuk orang luar dari jabatan MAMPU yg datang berurusan, manalah tahukan nanti apa2 berlaku, kita tahu arah keluar dari bangunan. Kena buat ni kat SUK... Semua nak buat kan ??!@!??. Kemudian taklimat ringkas, apa itu PKP? Bla, bla, bla... minum pagi, sambung lagi bla, bla, bla... makan tengahari bla, bla, bla... sampai minum petang.. begitulah rutin kami 5 hari... tapi yang penting kerja siap... Meja kamilah yang paling banyak gadjet...paling bising, AKTIF sangat la konon, bukan apa, tanya bila tak faham. Kalau salah camner? kan...haaa. Lagi satu, paling banyak jajan..hehehe.

Akhirnya Pelan Kesinambungan Perkhidmatan Pejabat SUK Selangor versi 1.0 berjaya disiapkan... balik ofis kena bentang pada pengurusan atasan dan kerja-kerja seterusnya...bla, bla, bla...

~Wassalam~

Monday, February 20, 2012

Kursus 2012 @ Langkawi - part 1

~Assalamualaikum~
N3 kali ni MamaSyila just upload gambar-gambar semasa MamaSyila menghadiri Bengkel Pelan Strategik  2012-2016 & Bengkel SKT 2012, selama 4 hari 3 malam...di Langkawi... Alhamdulillah, merasa juga MamaSyila berkursus di luar pejabat sejak bertugas di jabatan sekarang ni. Gambar-gambar di bawah ni semasa berbengkel, mendengar perbentangan dari bos-bos, sesi perbincangan dan sesi 'merapu' hehehe.








N3 seterusnya MamaSyila akan upload skit foto 'jalan-jalan cuci mata' @ Langkawi

~Wassalam~

Kursus @ Langkawi - part 2

Bersama BOS ...
En. Zamm belanja minum air kelapa... Pn. Izzah tengok jer...
~Assalamualaikum~
N3 kali ni MamaSyila masukkan gambar-gambar santai semasa bengkel di Langkawi... Aktiviti jalan-jalan 'cucimata' di Pantai Chenang, acara beli coklat... Dataran Langkawi...heh heh heh. Gambar kat atas ni team daripada BKP... YBhg. Datin Paduka Rohani dah balik bilik kut..cuma MamaSyila seorang jer 'wanita' merangkap 'JURUTAIP' hahaha.

Luv this pics ...