Monday, February 20, 2012

Kursus 2012 @ Langkawi - part 1

~Assalamualaikum~
N3 kali ni MamaSyila just upload gambar-gambar semasa MamaSyila menghadiri Bengkel Pelan Strategik  2012-2016 & Bengkel SKT 2012, selama 4 hari 3 malam...di Langkawi... Alhamdulillah, merasa juga MamaSyila berkursus di luar pejabat sejak bertugas di jabatan sekarang ni. Gambar-gambar di bawah ni semasa berbengkel, mendengar perbentangan dari bos-bos, sesi perbincangan dan sesi 'merapu' hehehe.








N3 seterusnya MamaSyila akan upload skit foto 'jalan-jalan cuci mata' @ Langkawi

~Wassalam~

Kursus @ Langkawi - part 2

Bersama BOS ...
En. Zamm belanja minum air kelapa... Pn. Izzah tengok jer...
~Assalamualaikum~
N3 kali ni MamaSyila masukkan gambar-gambar santai semasa bengkel di Langkawi... Aktiviti jalan-jalan 'cucimata' di Pantai Chenang, acara beli coklat... Dataran Langkawi...heh heh heh. Gambar kat atas ni team daripada BKP... YBhg. Datin Paduka Rohani dah balik bilik kut..cuma MamaSyila seorang jer 'wanita' merangkap 'JURUTAIP' hahaha.

Sunday, January 01, 2012

Tahun 2012....

~Selamat Tahun Baharu 2012!!!! dan Selamat Hari Jadi kepada diriku sendiri ; ) ~

Yeaaay.. Alhamdulillah, masih bernafas untuk menyambut hari kelahiranku yang ke 34 thn... 1hb Januari...hari pertama utk thn baru..... cepat sangat sambut hari jadi kan, tp yg istimewanya... setiap tahun akan dapat cuti free utk sambut hari jadi ku....


Kali nie sambut hari jadi kat rumah jer...takder ke mana... Sebab minggu terakhir 2011 telah dipenuhkan dengan aktiviti 'B.E.R.J.A.L.A.N' aka 'C.U.T.I-C.U.T.I M.A.L.A.Y.S.I.A @ M.E.L.A.K.A... Balik rumah mertua dan my parents + sis + makmuk datang berjalan di Melaka.. senangkan 2 in 1...


Menginap di homestay di Semabok...
Berjalan-jalan di Bukit Senjuang (kalau nak tau history Bukit Senjuang...boleh baca disini)Kemudian kami ke Zoo Melaka...actually mase rayer puasa 2011, anak2 dan hubby dah pegi ngan family in law...tapi mama kena tinggal kat rumah sebab baru lepas cabut gigi... So dikesempatan ini kitaorang pegi la...sbb Aisyah dan Aimi pun excited nak pegi lagi...Kalau dulu diaorang berjalan keliling zoo, kali ni kami naik train jer... Aisyah ni bukan nak sangat jalan, nnt papa dia yang jadi mangsa, kena dukung dia...


My parents bertoloak balik ke Perak tengahari..dan kami pun pulang ke rumah mertua..selepas zohor baru gerak balik Klang....


W.I.S.H untuk diri sendiri:


Be the best among the best...


Happy selalu


Jaga kesihatan


Jaga Solat


Buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga...


!Wassalam!


Monday, December 05, 2011

Kursus SPIES di Broga


~Perjalanan turun bukit yang Alhamdulillah...laaaaaaajuuuuuuuuu jer~
~Kawan-kawan yg banyak bagi semangat dan membantu sepanjang pendakian~
~Muka C.E.R.I.A. sbb turun bukit...hehehe~
~Gambar diri sendiri lagi ++ kwn2 kt blkg~Pic kwn kt blkg...

~Assalamualaikum~


Pada 29 & 30 November yang lalu...ceewwaahh, mama menghadiri satu lagi kursus di Broga...Kursus S for spritual.P for physical.I for intelectual.E for emotional.S for social. Seronok jugak... ader jungle tracking, motivation session, treasure hunt dan mcm2 lagi. Yang penting pengisian program semua mama dapat ikut... :) Rasernye ni kursus yang terakhir untuk 2011... Pengalaman yang tak dapat dilupakan masa jungle tracking tu..mula2 konon semangat membara jalan paling depan sekali..tp baru jalan 10 minit kaki dah lenguh, nafas dah makin kencang, raser macam nak patah balik jer... tp kena teruskan jugak perjalanan. Pengalaman kali pertama nih, fuuuyooo...mencabar minda dan tubuh sungguh... Walaupun jungle tracking ni tak jauh @ mungkin tidak mencabar bagi sesetengah orang...ianya BENAR2 MENCABAR diri mama... kuatkan semangat dan mulut tak berhenti salawat dan zikir. Kenangan langgar sarang kerengga... kena pacat...heee, tak tau lah. Macam2 hal. Tapi bersyukur sangat sebab semua selamat balik ke kem... :)

Monday, November 21, 2011

Majlis Konvokesyen dan Anugerah Tadika Sri Melor 2011

~Assalamualaikum~
Hari ni mama nak story ttg Majlis Konvokesyen dan Anugerah Tadika Sri Melor 2011 di Dewan Kebun Baru (kalau tak salah, actually dewan tu berhampiran taman perumahan kami). Kena bangun awal sebab nak hantar Aisyah buat persediaan.. Kesian kat Aimi kena bangun awal untuk mandi...menangis dier...huhuhu ;(
Setelah bersiap-siap, kami (hubby, mama, aimi dan untie ana) pegi cari sarapan dulu... belikan roti n air kotak untuk Aisyah...standby...
Setibenya di dewan...ibubapa dah penuh dah...nasib baik ada satu baris tu banyak kosong. kira tengah2 lah..boleh nampak pentas dan pintu belakang...hehehe...

Pemandangan dari tempat duduk kami...
Aimi sangan comel tika ini...sayang anak mama...emuah :0
Adik-adik bakal 'graduan' tadika sedang masuk ke dalam dewan... diiringi bunyi muzik gamelan lagi jangan marah... (teringat pulak masa konvo di Uitm dolu2...hehehe)
cepat dik...cepat..

bacaan doa...
telah menerima sijil dan bergelar 'GRADUAN TADIKA SRI MELAOR TAHUN 2011' yeeaay...
Mama sempat menyusup ke tepi dewan untuk ambil gambar Aisyah sedang bersedia untuk naik ke pentas...hehehe comel tak? :O
Aisyah nak ambik hadiah...dapat beg Angrybird...


Mengalir airmata mama tengok Aisyah buat persembahan...huhuhu, bukan sedih tapi gembira.... Banyak perubahan dan peningkatan dalam pelajaran dan Aisyah senang diurus. Alhamdulillah.
Setelah selesai majlis...kami pulang ke rumah dan berehat sebentar. Petang tu kami hantar untie Ana balik Putrajaya awal sebab hubby nak tengok game bola separuh akhir Sukan Sea.....(sanggup tu hantar awal) Apapun Malaysia menang malam tu 1-0 dengan Indonesia...TAHNIAH lah Harimau Muda...

Monday, October 24, 2011

Hujung Minggu :P




~Assalamualaikum~
Hujung minggu...salah satu aktiviti yang keluargaku gemari....duduk di tepi pantai sambil minum petang... selalunya di Tanjung Harapan, Port Klang. MamaSyila suka tengok laut, deruan air laut menghempas pantai..ooopppsss batu...hahaha. Muka anak-anak baru bangun tidur. Pantang masuk kereta kalau nak jalan-jalan petang...kejap jer dah tidur. Kalau kat rumah jangan harap. Mama dengan papa yang lena dulu hehehe.
~Wassalam~

Luv this pics ...