~Assalamualaikum~
Kebelakangan ni, ada antara ahli keluargaku yang mengalami demam...demam denggi... termasuk mak...T_T... Harap mak sihat semula, masalahnya mak tak nak makan dan minum sbb akan muntah setiap kali makan/ minum...
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes
betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang
yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua
jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan
Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari
(purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit
mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai
tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
- Demam kuat yang mengejut dan berterusan
- Bintik merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Berdarah pada badan, hidung dan mulut
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- rasa pahit pada lidah
- lemah dan tidak bermaya
Rawatan
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air.
Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair
intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration
teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet
turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga
pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum
air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral
sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya
maksimum 16 gelas sehari.
Petua daripada kawan-kawan, minum sup ketam...insyaAllah...