Monday, December 05, 2011

Kursus SPIES di Broga


~Perjalanan turun bukit yang Alhamdulillah...laaaaaaajuuuuuuuuu jer~
~Kawan-kawan yg banyak bagi semangat dan membantu sepanjang pendakian~
~Muka C.E.R.I.A. sbb turun bukit...hehehe~
~Gambar diri sendiri lagi ++ kwn2 kt blkg~Pic kwn kt blkg...

~Assalamualaikum~


Pada 29 & 30 November yang lalu...ceewwaahh, mama menghadiri satu lagi kursus di Broga...Kursus S for spritual.P for physical.I for intelectual.E for emotional.S for social. Seronok jugak... ader jungle tracking, motivation session, treasure hunt dan mcm2 lagi. Yang penting pengisian program semua mama dapat ikut... :) Rasernye ni kursus yang terakhir untuk 2011... Pengalaman yang tak dapat dilupakan masa jungle tracking tu..mula2 konon semangat membara jalan paling depan sekali..tp baru jalan 10 minit kaki dah lenguh, nafas dah makin kencang, raser macam nak patah balik jer... tp kena teruskan jugak perjalanan. Pengalaman kali pertama nih, fuuuyooo...mencabar minda dan tubuh sungguh... Walaupun jungle tracking ni tak jauh @ mungkin tidak mencabar bagi sesetengah orang...ianya BENAR2 MENCABAR diri mama... kuatkan semangat dan mulut tak berhenti salawat dan zikir. Kenangan langgar sarang kerengga... kena pacat...heee, tak tau lah. Macam2 hal. Tapi bersyukur sangat sebab semua selamat balik ke kem... :)

Monday, November 21, 2011

Majlis Konvokesyen dan Anugerah Tadika Sri Melor 2011

~Assalamualaikum~
Hari ni mama nak story ttg Majlis Konvokesyen dan Anugerah Tadika Sri Melor 2011 di Dewan Kebun Baru (kalau tak salah, actually dewan tu berhampiran taman perumahan kami). Kena bangun awal sebab nak hantar Aisyah buat persediaan.. Kesian kat Aimi kena bangun awal untuk mandi...menangis dier...huhuhu ;(
Setelah bersiap-siap, kami (hubby, mama, aimi dan untie ana) pegi cari sarapan dulu... belikan roti n air kotak untuk Aisyah...standby...
Setibenya di dewan...ibubapa dah penuh dah...nasib baik ada satu baris tu banyak kosong. kira tengah2 lah..boleh nampak pentas dan pintu belakang...hehehe...

Pemandangan dari tempat duduk kami...
Aimi sangan comel tika ini...sayang anak mama...emuah :0
Adik-adik bakal 'graduan' tadika sedang masuk ke dalam dewan... diiringi bunyi muzik gamelan lagi jangan marah... (teringat pulak masa konvo di Uitm dolu2...hehehe)
cepat dik...cepat..

bacaan doa...
telah menerima sijil dan bergelar 'GRADUAN TADIKA SRI MELAOR TAHUN 2011' yeeaay...
Mama sempat menyusup ke tepi dewan untuk ambil gambar Aisyah sedang bersedia untuk naik ke pentas...hehehe comel tak? :O
Aisyah nak ambik hadiah...dapat beg Angrybird...


Mengalir airmata mama tengok Aisyah buat persembahan...huhuhu, bukan sedih tapi gembira.... Banyak perubahan dan peningkatan dalam pelajaran dan Aisyah senang diurus. Alhamdulillah.
Setelah selesai majlis...kami pulang ke rumah dan berehat sebentar. Petang tu kami hantar untie Ana balik Putrajaya awal sebab hubby nak tengok game bola separuh akhir Sukan Sea.....(sanggup tu hantar awal) Apapun Malaysia menang malam tu 1-0 dengan Indonesia...TAHNIAH lah Harimau Muda...

Monday, October 24, 2011

Hujung Minggu :P




~Assalamualaikum~
Hujung minggu...salah satu aktiviti yang keluargaku gemari....duduk di tepi pantai sambil minum petang... selalunya di Tanjung Harapan, Port Klang. MamaSyila suka tengok laut, deruan air laut menghempas pantai..ooopppsss batu...hahaha. Muka anak-anak baru bangun tidur. Pantang masuk kereta kalau nak jalan-jalan petang...kejap jer dah tidur. Kalau kat rumah jangan harap. Mama dengan papa yang lena dulu hehehe.
~Wassalam~

Friday, October 14, 2011

~Percutian di Port Dickson~

~Assalamualaikum~


Sambutan Hari Raya Aidilfitri thn nie kami raikan dgn meriah di Perak..seterusnya di Melaka (tp diganggu pula dengan kesakitan gigi 'berlobang'ku') Mengambil langkah yg sepatutnya... mama ke klinik utk mencabut gigi tu... dekat sejam jugalah dlm bilik doktor tu. Mama cabut kat klinik swasta jer... Berhari Raya di Melaka, kami sekeluarga berC.U.T.I. di Port Dickson.... 3 hari 2 malam di The Corrus Paradise Resort... Along tempah 2 apartment... seronok tgk keletah anak2... dekat balkoni terus nampak laut...fuh...best betul angin sepoi-sepoi bahasa, cewah...tp kesakitan gigi mama masih mengambil tempat yg kejap baik kejap lega (selepas makan ubat tahan sakit).
The Corrus Paradise Resort ni okaylah tp seronok lagi kat Bayu Beach Resort sbb ada pantai boleh main pasir n mandi laut... kat The Corrus Paradise Resort ni ader pasir tp persekitaran kurang B.E.S.T.... kurang B.E.R.S.I.H. Nak mandi laut pun jauh dr apartment...;(
Secara keseluruhan 2+1...best sbb dpt habiskan masa dgn family...:)


~Wassalam~


Sunday, October 09, 2011

A.k.S.i. A.i.S.y.A.h D.a.N A.i.M.i. D.i. K.e.D.a.I. g.U.n.T.i.N.g R.a.M.b.U.t.

~Assalamualaikum~
Just gatal tangan nak masukkan pics Aisyah n Aimi di kedai gunting rambut baru2 nie... Bagus sangatlah tu, seorang posing depan, seorang lagi posing belakang...nmpk tak hubby di hujung gambar Aimi tu...sedang belek2 majalah..tunggu turn isteri dan anak2 gadis nyer utk potong rambut...
Mama siap buat treatment utk kesuburan rambut..sbb dah thp kritikal rambut nie...+ cuci...hubby pun nak sama..hahaha, selalu kat kedai gunting India tuh gunting n cukur janggut, misai....
$$??$$ berhabis jugalah 4 beranak ni kat kedai tuh... tp yg pasti mama nak terus wat treatment sebab untuk diri sendiri...huhuhu..

*Wassalam*

Saturday, October 01, 2011

~FiReDrILL dI PeJ. SUK...~

~Assalamualaikum~



Operasi menyelamat mangsa 'olok-olok' :)




'mangsa' sedang dibawa turun...




khemah operasi BOMBA...







antara kakitangan yg terlibat... berada di Zon 'C'...





Kali ni mama nak cerita pengalaman mama jadi 'Floor Warden' di ofis mama. 'Floor Warden' ni sebahagian daripada Pasukan Keselamatan Kebakaran Pej. SUK...




Mama dah pergi kursus dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia... belajar cam mana nak gunakan alat pemadam api, cam mana nak bergerak dalam bangunan yang sedang terbakar dan macam mana nak pastikan api tidak merebak...



Masa 'Firedrill' tu mama 'acting' terlebih sket...sbb yg FWarden lelaki ni...semua buat hal sendiri...2-3 org jer yg tolong...nak minta penghuni jgn duduk tepi bangunan...kakitangan ni pun satu...sedangkan YB Dato' Speaker pun boleh berdiri lama dan di tgh panas...semua cari peluang...kalau betul2 terjadi??? Baru nak terpekik-telolong kt sana...huh... :( marah ni...



Kan senang kalau bagi kerjasama...semua akan jadi mudah...itu je lah yg mama nak citer pasal 'firedrill' ni... Ape2 pun masih ader ruang untuk perbaiki... yg penting 'KERJASAMA'...HEHEHEHE



~Wassalam~

Thursday, September 08, 2011

~Lamanyer tak jenguk blog MamaSyila nie~

~Assalamualaikum~







Lama sungguh tuan tanah tak jenguk tanah ni...hehehe. Sepanjang Ramadhan, amat jarang sekali @ M.A.L.A.S nak menaip di sini.... bukannyer aper, rase cam sibuk sangat dengan kerja di ofis & di rmh. Kadang2 lebih S.Y.O.K layan mata ni...hihihi.



Alhamdulillah, Ramadhan berjaya dilalui... walaupun banyak juga rintangan dan halangan... hahaha. Persediaan menyambut Ramadhan ala kadar jer. Begitu juga persediaan menyambut Syawal. Keperluan anak-anak diutamakan..sudah semestinya kan.... mama dapat baju kurung 2 pasang jadi lah... papa pilih kemeja, t-shirts + jeans..mudah diurus dan selesa.
Tahun ni beraya di Slim River, Perak. Alhamdulillah semua adik-beradik dapat berkumpul bersama-sama. Riuh rendah jugak lah rumah ayah ngan mak. Malam2 lepas berbuka sempat jugalah budak2 ni main bunga api... Pakyang siap ader mercun roket mak ooiii besarnyer... Siap buat kek butter, yg specialnyer satu adunan tu ayah yang sediakan, mak tukang timbang bahan jer.. "Sedap kek atuk buat" kata Aisyah bila sedang merasa kek setelah siap... Keluarga Pak Anjang (Tmn Melati) pun beraya di Slim thn ni...Lama dah tak raser cam ni. Yelah, masing2 dah berkeluarga. Ader yg beraya rumah sendiri dulu, baru balik kampung... Nasib baik rumah mak memang di kampung :)
Selepas bersalam-salaman, ayah kate jom balik Parit & pergi Taiping... sbb Anim nak balik rumah mertua esoknya. Seharian beraya di kampung ayah... S.E.R.O.N.O.K dapat jumpa sepupu sepapat yg hanya dpt jumpa 2 thn sekali, maksudnya kalau turn beraya Melaka, tak dapek lah den nak nolong...hahaha.
Raya ke-3 (Khamis) kami bergerak pulang ke RUMAHKU SYURGAKU... (nak tukar isi beg hehehe) Tido 1 malam,
Dan esoknya (Jumaat) kami bergerak balik ke Melaka...
Hubby & mak mertuaku ke KLIA keesokan harinya sbb Along n family tiba dari Labuan (Sabtu)
Bersiap-siap untuk bercuti di Port Dickson (Ahad) 3 hari 2 malam di Corus Paradise Resort. Sakan budak-budak ni mandi...
Pagi-pagi dah bersiap2 nak balik Putrajaya (htr Ana) n balik Klang (htr Aisyah n Aimi) dan ke Shah Alam (kembali bertugas)...Selasa pagi...
Itulah serba sedikit perayaan Hari Raya kami tahun ni...oohhh terlupa plak, Sepanjang minggu raya ni, mama sakit gigi geraham, dah tak tahan cabut kat klinik swasta jer...selamat...seminggu jugaklah menanggung sakit nak baik...Alhamdulillah dah beransur baik...
Tahun 2012 turn beraya di Melaka...tak tahu lagi camner, tp yang penting meriah...suasana minta ampun dan maaf bersama keluarga amat menyayat hati...Syukur padaMu, Ya Allah.



~Wassalam~



Wednesday, September 07, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Berbuka di INTEKMA RESORT, Shah Alam...

ader jambatan atas swimming pool...huiyoo...pemandangan di sebelah sana plak...hubby memaklumkan lokasi...lauk pilihan hubby...
juadah berbuka mama....
*suami tercinta*

~Assalamualaikum~
Kali ni mama nak cerita pasal 'date' ngan hubby di Intekma Resort Shah Alam. Perancangan awal nak berbuka ngan kawan2 rapat masa kat UiTM dulu kat sini, tp last minute cancel sbb ader emergency masing2. Ramai juga yang berbuka di sini, tak kiralah ngan famili @ kengkawan. Puas hati jugalah...Next year boleh datang lagi InsyaAllah... Bertembung dengan Amyza Adnan dan Rosma AF... Rosma buat persembahan, Amyza tak pasti... mungkin hubby dia sediakan PA System kat situ kut sbb dia sll pegi belakang tabir..hehehe.
Thank You Hubby... :)

Friday, July 08, 2011

PPAS...the new building..

~Assalamualaikum~
Hari ni mama sajer nak citer pasal bangunan baru Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor @ PPAS. Hari tu berpeluang pergi melawat, walaupun belum dibuka secara rasmi kepada orang awam, I kan orang PPAS...hihihi.
Actualy pics yg ader kt cni mama amik dr facebook anak bos mama di sana...


~PINTU MASUK UTAMA, KAUNTER PERTANYAAN/ GUARD~~PEMANDANGAN TASIK DR DLM BGNN~~ENTRENCE BAHAGIAN KANAK2~ ~KAUNTER KANAK2~ ~FURNITURE BHG KANAK2..menarik kan~~POKOK DLM BGNN...santai gitu~~boleh main game kat sini..~ ~nie dewan serbaguna kut...boleh jadi tpt pameran, tpt menunggu, tpt lawatan, boleh buat tpt perhimpunan, mcm2 lah..~rasernye bilik 6D theatered~~bilik 3D~~naik ke atas...eskelator ader sensor...jimat letrik..hehehe~


~pemandangan dari aras 4 kut nih...~ ~book wall~


Mama amat bangga dan teruja kat bgnn baru ni. TAHNIAH kepada Pn. Mastura Mohamad & team PPAS. Harap saper2 yg baca N3 ni boleh datang beramai-ramai ke sini dan menggunakan kemudahan yg disediakan. Lupa plak nak bgtau, ader gym tau...mengantuk baca buku boleh xcercise jap...hihihi. Kemudahan lengkap-Surau, Cafe, dll.


BEST LAH!!!!

Luv this pics ...